Farhash vs Peja pada Pru15?
Farhash vs Peja pada Pru15?
Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengesahkan, beliau terbuka untuk bertanding menentang calon “heavyweight”, termasuk Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, Parlimen Kuala Kangsar antara beberapa kawasan yang dipertimbangkan untuk ditandinginya.
“Sebagai pengerusi negeri, saya telah berbincang dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan beliau mencadangkan dua, tiga tempat untuk bertanding, tetapi masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Kami masih perlu berbincang dengan komponen parti.
“Ada cadangan untuk berlawan dengan Peja (Ahmad Faizal) di salah satu kawasan DUN, yang kalau dia pergi DUN kita lawanlah. Saya akan lawan calon ‘heavyweight’ (nama besar). Yang mana ada ‘heavyweight’, kita akan pergi, kecuali Bagan Datuk, itu terlalu ‘heavyweight’,” katanya dipetik Sinar Harian selepas “Program Jelajah Peduli” di perkarangan Pejabat PKR Perak, Ipoh hari ini.
Farhash berkata, gerak kerja PRU15 telah bermula dan calon pilihan raya mungkin diketahui dalam masa terdekat, namun kebiasaannya PKR akan mengumumkan calon pada saat akhir.
Ditanya beliau disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Perak, katanya, perkara itu bukan isu penting kerana keutamaan ialah gerak kerja menawan Perak.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Tinagaran berkata, negeri menamakan Farhash sebagai calon Menteri Besar Perak, sekiranya Pakatan Harapan berjaya menguasai negeri itu pada PRU15.
Katanya, PKR mempunyai kerusi lebih banyak berbanding rakan komponen lain susulan penambahan kerusi baharu yang ditinggalkan Bersatu.
“Jika kita meletakkan calon yang betul, kemungkinan untuk kita menang nanti amat cerah. Kami percaya rakyat akan memberi peluang kepada kita.
“Kita akan menonjolkan bakat baharu dan Farhash orang yang sesuai untuk ditawarkan mengetuai negeri ini,” katanya sambil menambah kepimpinan Farhash dalam PKR Perak berjaya menarik ramai anak muda menyertai parti itu.
Sejak menerajui pimpinan negeri, katanya, PKR Perak mempunyai tambahan keahlian melebihi 85,000 orang dan lebih 600 cawangan ditubuhkan. FMT
Farhash vs Peja pada Pru15?
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang masih milik Kedah
- Abang sumpah laknat, dakwa adik mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal
- Bomoh Dari Singapura, Kaut Untung RM216,000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera
- Ramai Yang ‘U-Turn’ Minta Maaf Pada Caprice
- Penyampai Radio Dicekup Untuk Bantu Siasatan
- Ditahan Berbaju Ketat Dan Berseluar Pendek
- Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu
- Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen
- Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita
- Telaga neraka, penjara jin ditemui di Yemen (Video)
- Resepi Udang Galah Masak Lemak
Layari Laman Facebook MYKMU