Farhash pelawa Anwar tanding di Perak pula

Farhash pelawa Anwar tanding di Perak pula

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ditawarkan bertanding di salah satu kawasan di Perak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagai langkah Pakatan Harapan menawan negeri itu.

Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dengan adanya Anwar usaha berkenaan dapat diperkukuhkan lagi.



Katanya menanggapi cadangan itu Anwar didakwanya menunjukkan reaksi yang menggalakkan.

“Presiden sangat responsif dan positif dengan pelawaan itu. Insya-Allah kita tengok nanti,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Anwar merupakan presiden PKR dan pengerusi PH. Selepas beberapa penggal mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh, dia berpindah ke Port Dickson, Negeri Sembilan, dalam pilihan raya kecil pada 2018.

Kata Farhash ketika ini Negeri Sembilan merupakan satu daripada kubu kuat PKR dan sesuai untuk Anwar berpindah kawasan ke Perak pula.



Sebagai parti yang berpengaruh, katanya, PKR perlu meneroka kawasan baru dalam langkah politiknya dan ia adalah tindakan yang biasa bagi mana-mana parti politik.

“Sama macam peperangan, anda harus keluar untuk menakluk, jadi Perak ini kita boleh takluk,” katanya. Mk

Farhash pelawa Anwar tanding di Perak pula


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker