Moratorium bayaran sewa penghuni PPR lanjut hingga tahun depan – Ismail
Moratorium bayaran sewa penghuni PPR lanjut hingga tahun depan – Ismail
Kerajaan bersetuju melanjutkan program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada di bawah kawal selia dan pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hingga 2022, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail memaklumkan langkah itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 ketua isi rumah atau 50,000 penghuni PPR, dengan melibatkan tanggungan kewangan kerajaan berjumlah RM18.84 juta.
“Inilah sebahagian daripada usaha kita, inisiatif kita, ikhtiar kita untuk Keluarga Malaysia yang memerlukan,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM Keluarga Malaysia).
Tambahnya, Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM Keluarga Malaysia akan ditambah kepada 2,000 unit yang akan memanfaatkan sekurang-kurangnya 10,000 isi rumah yang memerlukan.
Beliau berkata, penambahan unit tersebut selepas mengambil kira 1,000 unit rumah di 11 kawasan PPR yang berada di bawah kawal selia dan pengurusan KPKT, tidak mencukupi untuk Keluarga Malaysia yang terkesan akibat hilang mata pencarian.
Selain itu, beliau juga mengumumkan bahawa semua penerima manfaat akan diberikan pengecualian bayaran sehingga 6 bulan bermula dari tarikh menerima kunci.
“Pengecualian bayaran sewa ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta.
“Ini bagi membolehkan saudara dan saudari penerima manfaat, khususnya Ketua Isi Rumah dapat menumpukan usaha untuk merancakkan ekonomi keluarga,” katanya.
Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan daripada KPKT untuk membantu golongan yang terkesan akibat wabak memperoleh kediaman mampu milik.
FMT
Moratorium bayaran sewa penghuni PPR lanjut hingga tahun depan – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang masih milik Kedah
- Abang sumpah laknat, dakwa adik mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal
- Bomoh Dari Singapura, Kaut Untung RM216,000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera
- Ramai Yang ‘U-Turn’ Minta Maaf Pada Caprice
- Penyampai Radio Dicekup Untuk Bantu Siasatan
- Ditahan Berbaju Ketat Dan Berseluar Pendek
- Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu
- Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen
- Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita
- Telaga neraka, penjara jin ditemui di Yemen (Video)
- Resepi Udang Galah Masak Lemak
Layari Laman Facebook MYKMU
Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut