Larangan pondan masuk masjid bakal dilaksanakan di Wilayah Persekutuan
Larangan pondan masuk masjid bakal dilaksanakan di Wilayah Persekutuan
Kerajaan sedang meneliti untuk melarang golongan transgender daripada memasuki masjid di Wilayah Persekutuan, seperti yang dikuatkuasakan di Perlis.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan itu adalah wajar demi menjaga kedaulatan agama di samping kesucian masjid sekali gus mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Jika golongan transgender masuk ke masjid, contohnya individu lelaki yang memakai tudung, tentunya perbuatan itu sangat tidak sesuai kerana bukan sahaja mengelirukan ramai, malah mengganggu privasi golongan hawa terutama soal aurat.
“Jadi kita sedang meneliti untuk melaksanakan larangan sama di Wilayah Persekutuan manakala di peringkat negeri pula terpulang kepada pihak berkuasa agama masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Program Inspirasi Qaseh Kami : Food Bank Yapeim 3.0 di pekarangan stesen teksi di sini, hari ini.
Selasa lalu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, golongan mak nyah atau transgender diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina, kerana boleh mengganggu suasana ibadah.
Dalam pada itu, Ahmad Marzuk berkata, sekiranya golongan transgender memasuki masjid untuk bertaubat, maka kedatangan tersebut adalah dibenarkan.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai pencerobohan golongan transgender di masjid dan pihaknya percaya, Perlis melaksanakan larangan tersebut sebagai langkah pencegahan. Utusan
Larangan pondan masuk masjid bakal dilaksanakan di Wilayah Persekutuan
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang masih milik Kedah
- Abang sumpah laknat, dakwa adik mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal
- Bomoh Dari Singapura, Kaut Untung RM216,000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera
- Ramai Yang ‘U-Turn’ Minta Maaf Pada Caprice
- Penyampai Radio Dicekup Untuk Bantu Siasatan
- Ditahan Berbaju Ketat Dan Berseluar Pendek
- Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu
- Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen
- Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita
- Telaga neraka, penjara jin ditemui di Yemen (Video)
- Resepi Udang Galah Masak Lemak
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.