Bantuan RM500 untuk pemandu bas ekspres – MOT

Bantuan RM500 untuk pemandu bas ekspres – MOT

Pemandu bas ekspres seluruh negara akan menerima bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM500.

Bantuan tersebut akan melibatkan 6,600 penerima dengan peruntukan RM3.3 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, inisiatif itu merupakan bantuan kepada pemandu bas ekspres yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Proses penyaluran bantuan akan dilaksanakan sebaik sahaja peruntukan bantuan diterima oleh MOT dan agensi-agensi pelaksana berkaitan,” katanya menerusi kenyataan.

Mengulas lanjut beliau berkata, hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan/atau lesen/permit kenderaan bas ekspres yang sah dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Negeri Sabah/Sarawak yang layak memohon bantuan ini.

Kata Wee lagi, antara syarat utama adalah pemandu bas ekspres adalah warganegara Malaysia dan berdaftar secara rasmi sebagai pekerja syarikat selain mempunyai caruman PERKESO.

“Individu / pemandu bas ekspres mempunyai Lesen Vokasional yang sah dengan mengambil kira tempoh pengecualian pembaharuan Lesen Vokasional yang telah diberikan oleh MOT sepanjang tahun 2021;

“Hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan/atau lesen/permit kenderaan bas ekspres yang sah dengan APAD atau LPKP Negeri Sabah/Sarawak yang layak memohon bantuan ini bagi pemandu bas ekspres mereka,” menurutnya.

Selain itu beliau berkata, pemandu yang telah menerima bantuan sebagai pemandu bas sekolah, bas pelancongan, teksi atau e-hailing sebelum ini tidak lagi layak menerima bantuan kepada pemandu bas ekspres.

Justeru, pihak syarikat atau pengusaha bas ekspres adalah dikehendaki mengemukakan maklumat individu atau pemandu bas ekspres di bawah syarikat masing-masing kepada pihak APAD dan LPKP Negeri Sabah dan LPKP Negeri Sarawak bagi tujuan saringan kelayakan dan penyaluran bantuan. MG

Bantuan RM500 untuk pemandu bas ekspres – MOT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker