Bilangan miskin tegar di KL melambung 4 kali ganda
Bilangan miskin tegar di KL melambung 4 kali ganda
Lebih ramai keluarga di Kuala Lumpur jatuh dalam kategori miskin tegar membabitkan 4,815 isi rumah tahun ini, berbanding 1,109 isi rumah, tahun lalu.
Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata isi rumah dalam kategori miskin juga meningkat daripada 2,200 pada 2020, kepada 5,617, tahun ini.
Katanya, kementeriannya melaksanakan pelbagai program sosial, ekonomi dan kebajikan demi mengurangkan beban mereka.
Antara pendekatan yang dilaksanakan membabitkan pengecualian sewa merangkumi 4,000 penyewa di perumahan awam di Kuala Lumpur, selain menangguhkan pembayaran pinjaman membabitkan lebih 6,000 peniaga di kawasan perumahan awam.
Bantuan lain merangkumi pengecualian sewa membabitkan 6,000 peniaga; pembayaran sekali bayar RM500 kepada 23,000 pengusaha gerai; serta bantuan makanan kepada 65,000 keluarga di Kuala Lumpur dan 1,000 keluarga di Putrajaya.
Bantuan lain membabitkan baucar kembali ke sekolah meliputi 26,000 murid.
Katanya, lebih banyak pusat agihan makanan dan pakaian bagi golongan gelandangan juga dipertimbang pelaksanaannya. FMT
Bilangan miskin tegar di KL melambung 4 kali ganda
Baca Artikel Menarik :
- Norhizam Baktee naik ‘sheikh’ lagi dalam Dun
- Saksi Ada, Dokumen Palsu Ada, Bila Pula Najib Buli LHDN?
- Sesuatu yang besar bakal berlaku – Firdaus Wong
- Tak boleh usik langsung, kuat back up – PU Syed
- Nenek 59 tahun kahwin jejaka 22 tahun
- Pelajar sekolah didakwa tukar-tukar gambar bogel gadis bawah umur
- Najib cabar Rayer bawa pakar cukai
- Who really is Shafie and why does he oppose that MoU?
- Resepi Kek Sunquick Gebu Serius Sedap
- Broker jam dikaitkan dengan projek terowong laut P Pinang
- Saya harap dia sentiasa bertaubat – Caprice
Layari Laman Facebook MYKMU