Takiyuddin akui kekhilafan, buat pembetulan lokasi sebenar Gunung Jerai

Takiyuddin akui kekhilafan, buat pembetulan lokasi sebenar Gunung Jerai

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan mengakui kekhilafan berhubung status kawasan Gunung Jerai semasa menjawab soalan lisan Isnin lalu di Dewan Rakyat.

Beliau mengakui kesilapannya dan membetulkan kedudukan Gunung Jerai sebenarnya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai dan bukannya terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda.

“Sebelum saya memberi ulasan dan pandangan terhadap isu utama yang telah dibangkitkan dalam sesi perbahasan kali ini, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk membuat sedikit pembetulan terhadap satu kekhilafan semasa saya menjawab soalan lisan, pada Isnin lalu.

“Sekarang ini saya ingin nyatakan dengan jelas bahawa sebenarnya apa yang saya nak nyatakan adalah kawasan yang ditimpa bencana iaitu di Gunung Jerai yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai,” katanya semasa sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin juga menegaskan, sememangnya tidak ada aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan kerana Hutan Simpan Gunung Jerai diklasifikasikan sebagai hutan perlindungan.

Semalam, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa penjelasan Takiyuddin mengenai status kawasan Gunung Jerai berada dalam kawasan HSK Ulu Muda sebagai mengelirukan.

Anwar berkata, setelah mendengar hujahan Takiyuddin, perlu dijelaskan bahawa kawasan Gunung Jerai tidak berada dalam HSK Ulu Muda.

Kata Anwar justeru segala kenyataan yang dibuatnya tidak tepat dan mengelirukan.

Anwar berkata, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) perlu melakukan siasatan terperinci sama ada insiden kepala air yang berlaku mempunyai kaitan dengan aktiviti pencerobohan hutan di kawasan berkenaan.

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) sebelum ini dilaporkan sudah mengenal pasti kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan simpan di negeri itu yang diteroka secara haram sejak 2011. FMT

Takiyuddin akui kekhilafan, buat pembetulan lokasi sebenar Gunung Jerai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker