Moratorium 3 bulan untuk institut memandu

Moratorium 3 bulan untuk institut memandu

Kementerian Pengangkutan memutuskan membantu pengendali Institut Memandu (IM) dengan pemberian moratorium selama tiga bulan iaitu bermula bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kerajaan memahami dan prihatin dengan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pengendali IM akibat pandemik Covid-19,

“Kementerian Pengangkutan telah memutuskan pemberian moratorium selama tiga bulan iaitu sehingga 30 November 2021.

“Ia adalah bagi keperluan pembaharuan permit IM bagi mana-mana yang tempoh sah laku permitnya telah tamat antara Januari hingga September 2021.

“Di samping itu, pelanjutan Lesen Belajar Memandu (LDL) yang tamat tempoh melebihi dua tahun bermula 13 Januari 2021 juga dilanjutkan sehingga tahun depan iaitu 30 Jun 2022,” katanya.

Ka Siong (BN- Ayer Hitam) berkata demikian selepas ditanya Datuk Zakaria Mohd. Edris (Bersatu-Tubau) tentang usaha yang dilakukan oleh kementerian itu dalam menangani masalah yang dihadapi oleh IM yang ditutup sejak 1 Jun akibat pandemik Covid-19.

Tambah Ka Siong, tempoh lanjutan telah dibenarkan untuk membantu mereka yang tidak dapat mengikuti proses mendapatkan lesen dan menduduki ujian memandu akibat penutupan pengoperasian IM yang dianggarkan lebih kurang 462,000 calon yang dikatakan backlog.

“Seterusnya pelanjutan tempoh ini juga membolehkan pihak IM mengaturkan ujian untuk semua calon dengan pihak JPJ dan dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kerajaan juga telah memberikan moratorium dalam urusan pembaharuan permit IM, Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) dan Sijil Kenderaan Institut Memandu (SKIM) sehingga 31 Disember 2021 kepada permit serta sijil yang telah dan akan tamat bermula 1 Julai 2021.

“Pemegang SPIM dan SKIM dibenar menjalankan operasi latihan dan pengujian dalam tempoh tersebut,” katanya. Utusan

Moratorium 3 bulan untuk institut memandu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker