Taliban mohon sertai perbahasan di UNGA
Taliban mohon sertai perbahasan di UNGA
Kerajaan baru Taliban di Afghanistan memohon untuk berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-76 minggu ini.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric, memberitahu AFP, jawatankuasa tauliah kini dalam proses memutuskan permintaan berkenaan.
Menurutnya, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menerima surat daripada kumpulan itu, yang ‘memohon untuk mengambil bahagian’ dalam perbahasan peringkat tinggi.
Katanya, surat itu diterima pada Isnin lalu, bertarikh 20 September iaitu sehari sebelum persidangan dimulakan, dengan ditandatangani oleh Menteri Luarnya, Amir Khan Muttaqi.
Surat itu turut memaklumkan, Duta Besar Afghanistan untuk PBB ketika pemerintahan kerajaan terdahulu, Ghulam Isaczai, ‘tidak lagi mewakili’ Afghanistan di PBB.
Surat berkenaan turut memberitahu, Taliban mencalonkan jurucakap mereka yang berpangkalan di Doha, Suhail Shaheen, sebagai wakil tetap Afghanistan.
Catatan dengan kepala surat ‘Emiriah Islam Afghanistan, Kementerian Luar Negeri’ itu turut menyatakan bekas presiden negara itu, Ashraf Ghani, ‘digulingkan’ pada 15 Ogos, pada hari beliau melarikan diri dari negara itu.
“Negara di seluruh dunia tidak lagi mengiktiraf beliau sebagai presiden,” menurut surat kepada PBB itu.
Dujarric turut memberitahu, Guterres menerima surat berasingan dari Isaczai bertarikh 15 September, yang menyenaraikan delegasi Afghanistan bagi persidangan kali ini.
“Kedua-dua surat ini dihantar oleh sekretariat, selepas rundingan dengan pejabat presiden Perhimpunan Agung, dengan anggota jawatankuasa tauliah bagi sesi UNGA ke-76,” katanya.
Negara dalam jawatankuasa berkenaan adalah Russia, China, Amerika Syarikat, Sweden, Afrika Selatan, Sierra Leone, Chile, Bhutan dan Bahamas.
Bagaimanapun, masih belum ada pengesahan sama ada jawatankuasa itu akan bermesyuarat sebelum berakhirnya persidangan terbabit Isnin depan. BH
Taliban mohon sertai perbahasan di UNGA
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang dipajak dari Kedah – Sanusi ingatkan
- Perkenalkan program bank membiayai 70% pembelian saham untuk rakyat – Najib
- Adakah kamu sekat Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat, Gobind cabar Azmin
- Adakah SPRM selamat, selepas 3 pegawai SPRM didakwa curi barang kes
- Terimalah kenyataan, kamu bukan satu-satunya parti India – Puad
- Kini Nama Popularku Bella
- Polis nafi ketua balai minta main golf percuma
- Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 tahun Kahwini Lelaki 61 tahun [VIDEO]
- Wajarkah Keuntungan Pelaburan Saham Dicukai?
- Percutian ‘daring’ Nora tamat, buka semula ruangan komen IG
- Macam mana SPRM siasat SPRM, soal Gobind
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.