Perbicaraan kes Adib tamat esok – Hamzah

Perbicaraan kes Adib tamat esok – Hamzah

Perbicaraan 18 individu yang merusuh di luar kuil di Subang Jaya pada 2018, yang dikaitkan dengan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, tiga tahun lalu, dijadual tamat pada esok, Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, berkata dua daripada tertuduh berkenaan turut telah dikenakan denda RM7,000 setiap seorang kerana melakukan khianat.

Hamzah yang menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer turut berkata, 12 lagi kes sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara, untuk tindakan lanjut.

Rayer sebelum ini meminta penjelasan daripada Hamzah, mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap suspek yang dikaitkan dengan kematian Adib.

Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), sebulan selepas mengalami kecederaan ketika bertugas di lokasi kejadian susulan rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya, pada November 2018.

Pada 2019, Mahkamah Koroner memutuskan punca kepada kematian anggota bomba terbabit akibat daripada perbuatan “dua atau lebih individu yang tidak dikenal pasti”.

Pada Disember, Hamzah berkata, siasatan berada pada peringkat akhir dan keputusannya akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. FMT

Perbicaraan kes Adib tamat esok – Hamzah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker