Smart Home Schooling bantu calon SPM 2021

Smart Home Schooling bantu calon SPM 2021

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan program UPSI Smart Home Schooling bagi membantu seramai lebih 2,200 murid calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, UPSI sebagai peneraju Universiti Pendidikan Nombor Satu negara bertanggungjawab merealisasikan agenda University for Society (U4S) dan Agenda Keempat dalam memacu kesejahteraan komuniti.

Katanya, program yang melibatkan 24 buah sekolah negeri di negeri Perak, Selangor dan Johor itu komited menggiatkan sumbangan berbentuk lebih daripada pencapaian akademik kepada komuniti.

“Program yang dilaksanakan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI ini berkonsepkan ‘educating communities’ seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Ia diwujudkan bagi membantu persediaan calon SPM tahun 2021 yang menghadapi peperiksaan sangat mencabar berikutan pendemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah UCTC, Prof Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata, objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan murid B40 bagi calon SPM 2021 dalam mata pelajaran teras iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik, sains dan sejarah.

“Selain memperkasakan penguasaaan subjek-subjek tersebut, program ini juga memberikan khidmat bantuan kepakaran pensyarah UPSI kepada komuniti terlibat.

“Penulis modul program tuisyen ini terdiri daripada 15 Ikon Alumni UPSI yang berpengalaman serta menjadi Guru Cemerlang, Guru Penggubal Soalan SPM dan Guru Didik TV KPM yang menjadi Pakar Rujuk Bidang masing-masing di Malaysia,” ujarnya.

Katanya, beliau juga berharap program khidmat sosial itu dapat memberikan pengalaman dan pendedahan berguna kepada tenaga pengajar yang terdiri daripada 35 orang graduan pendidikan UPSI dengan kaedah pengajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). K Online

Smart Home Schooling bantu calon SPM 2021


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker