Saya tak ditekan untuk tukar fikiran – Azhar

Sebaran :

Saya tak ditekan untuk tukar fikiran – Azhar

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun menafikan beliau ada menerima panggilan telefon daripada seorang “menteri kanan” supaya tidak membenarkan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) mempengerusikan sidang Dewan Rakyat untuk sesi petang semalam.

Beliau menjelaskan pertukaran saat akhir semalam untuk membatalkan Nga daripada mempengerusikan Dewan Rakyat adalah keputusannya saat akhir dan tidak didorong atau ditekan oleh mana-mana pihak.

“Saya memang bagi Nga (Teluk Intan) pengerusikan Dewan Rakyat semalam. Tetapi saya tukar saat akhir.

“Saya tak didorong atau ditekan untuk tukar fikiran. Saya guna kuasa saya untuk tukar fikiran. Tiada terima panggilan,” katanya di Dewan Rakyat menjawab pertanyaan Gobind Singh Deo (PH-Puchong).

Gobind sebelum itu meminta Azhar menjawab sama ada benar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali yang meminta beliau untuk membatalkan keputusan untuk menjemput Nga pengerusikan Dewan Rakyat pada sesi petang semalam. FMT

Saya tak ditekan untuk tukar fikiran – Azhar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib


Sebaran :

Leave a Reply