Arab Saudi nafi Putera Mohammed jumpa Netanyahu

Arab Saudi menafikan laporan bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman berjumpa dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sebaliknya, pertemuan itu hanya antara Arab Saudi dan pegawai Amerika Syarikat sahaja.

Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Sauk menerusi Twitter.

Namun, Netanyahu enggan mengulas laporan awal.



Radio tentera Israel mendakwa Netanyahu telah melakukan pertemuan secara diam-diam dengan Putera Mahkota dan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.

Sebelum ini, AS telah memujuk Arab Saudi untuk menormalisasi hubungan dengan Israel, selepas langkah berkenaan dibuat oleh Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain. MG

Sebelum ini dilaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengadakan rundingan rahsia dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Arab Saudi, lapor media dalam lawatan julung kali Perdana Menteri Israel ke negara itu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo yang ke Israel pada minggu lalu juga menghadiri perbincangan yang dilaporkan itu, kata wartawan diplomatik di stesen penyiaran Israel, Kan hari ini.



Penyiar itu memetik pegawai yang enggan dikenali berkata, Netanyahu dan ketua agensi perisikan Mossad, Yossi Cohen ‘terbang ke Arab Saudi dan berjumpa dengan Pompeo dan Putera Mohammed di bandar Neom’.

PM Israel adakan pertemuan rahsia dengan Putera Arab Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker