PM pernah bincang lantik saya jadi Pengerusi MPN – Mahathir

PM pernah bincang lantik saya jadi Pengerusi MPN – Mahathir

Pengerusi PEJUANG, Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau dan Ismail Sabri Yaakob pernah membincangkan jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) diisi olehnya.

Tetapi, beliau dipetik Sinar Harian berkata, tiada tawaran rasmi diterima daripada mana-mana pihak, termasuk Perdana Menteri selepas itu.

Pada 14 Sept lalu, Ismail mempertahankan keputusan melantik Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri.

Ismail berkata, pelantikan Muhyiddin dibuat memandangkan bekas Perdana Menteri itu memegang jawatan berkenaan sejak MPN ditubuhkan ketika pentadbiran Perikatan Nasional.

Sementara itu, Mahathir menyifatkan tindakan Putrajaya melantik ahli politik memegang jawatan bertaraf menteri sebagai pembaziran kerana peruntukan bagi membayar gaji ahli politik itu sepatutnya disalurkan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pembabitan ahli politik dalam badan kerajaan harus dihentikan kerana ia hanya memberi manfaat berat sebelah kepada individu tertentu.

“Mana perkara boleh tangguh, tangguh dan yang perlu didahulukan adalah masalah rakyat. Ini penting kerana mereka takut dijangkiti penyakit. Ada ramai mati dan sudah ramai tak tahan dengan ‘lockdown’.

“Perkara yang tak penting kerajaan ada pula duit. Ada macam-macam duit untuk benda-benda politik, tetapi berkenaan masalah rakyat tidak diberi perhatian,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu di pejabatnya hari ini. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

PM pernah bincang lantik saya jadi Pengerusi MPN – Mahathir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker