Keputusan MUDA bertanding menentang PN dan Kerajaan Perpaduan adalah muktamad

Keputusan Muda untuk bertanding secara solo dalam PRN di enam negeri kali ini adalah muktamad dan untuk mempertahankan prinsipnya, kata timbalan presiden Amira Aisya Abdul Aziz.

Amira berkata Muda ada menerima undangan daripada parti lain untuk bekerjasama dalam PRN namun mereka tidak akan menggadaikan prinsip untuk bekerjasama.

“Sangat jelas keputusan untuk bertanding secara sendiri kali ini bukan semata-mata kerana kita tiada tawaran (dari PH).



“Sudah tentu ia (tawaran) salah satu pertimbangan tapi pada masa sama, dari sudut pendirian dan juga dasar, kita sudah ada banyak perbezaan dengan PH dan BN.

“Jadi mungkin untuk PRN kali ini, keputusan bertanding sendiri adalah keputusan yang sudah dimuktamadkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas aktiviti jualan meraih dana PRN Muda di Kuala Lumpur, hari ini.

Dia berkata Muda berharap keputusan itu dapat menghantar isyarat jelas, terutama kepada PH dan BN, yang mereka perlu menunaikan janji yang telah dibuat ketika kempen PRU15.

Dia turut menafikan tuduhan aktivis PKR Yuslaini Azmi baru-baru ini yang menggelarkan Muda sebagai parti yang sentiasa mengubah prinsip.



Menurut Amira, Muda tidak membuat keputusan untuk jawatan dan kuasa.

“Apa maksud pendirian itu? Kalau semata-mata tentang kedudukan politik, kuasa dan tempat, bagi kami itu bukan pendirian Muda.

“Pendirian Muda dari awal jelas perjuangkan untuk pelbagai kaum, reformasi, menolak rasuah dan salah guna kuasa. Itu memang dari awal sejak Muda ditubuhkan.

“Sebab pendirian itu juga Muda ambil keputusan tanding sendiri dalam PRN kali ni. Kami sedar dengan pendirian kami dan dengan PH, BN dan PN kini sudah berbeza dan kita tak boleh hanya letak pendirian itu pada kedudukan semata-mata,” katanya.



Dia berkata Muda tidak akan mengubah keputusannya untuk bertanding secara solo pada PRN, walaupun PH berubah fikiran dan menawarkan untuk bekerjasama.

Menurutnya lagi, walaupun PH enggan berunding dengan Muda, parti itu ada menerima tawaran lain tetapi mereka tetap memutuskan untuk bertanding sendiri.

“Tak kiralah tawaran bagaimana sekalipun, sekiranya kita terpaksa menggadaikan prinsip, Muda takkan menerima tawaran tersebut,” jelasnya.

Ditanya parti mana lagi yang menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan Muda, Adun Puteri Wangsa itu hanya berkata “faham-faham lah”.



’10-15 peratus kerusi’

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Muda Luqman Long berkata parti itu menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 10 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 245 kerusi dalam PRN 12 Ogos nanti.

Secara keseluruhan PRN di enam negeri membabitkan 245 kerusi DUN iaitu 56 kerusi di Selangor; Kedah (36); Pulau Pinang (40); Kelantan (45); Terengganu (32) dan Negeri Sembilan (36).

Menurut Luqman, peratusan itu akan berbeza antara negeri, bergantung kepada kapasiti parti dan calonnya.



“Mengapa keputusan ini dibuat? Kerana kita tidak mahu menjadi parti yang bertanding semata-mata untuk bertanding.

“Kami tidak mahu menjadi parti yang menghantar calon semata-mata untuk menunjukkan kehadiran kami. Kami mahu menghantar calon yang benar-benar mempunyai kualiti,” katanya.

Dia memaklumkan Muda dijangka mengumumkan manifesto dan kumpulan pertama calon mereka minggu depan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker