Percepat suntikan RM45 bilion – Anwar

Percepat suntikan RM45 bilion – Anwar

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mempercepatkan suntikan RM45 bilion seperti mana yang terkandung dalam Memorandum persefahaman (MoU) kerajaan-Pakatan Harapan bagi mengurangkan beban sara hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana sepanjang pandemik Covid-19.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telahpun mencadangkan pemberian bantuan kewangan itu dalam MoU yang dimeterai Isnin lalu.

“Wang ini mesti disekali dengan membatalkan faedah moratorium pinjaman bagi mengelakkan wang bantuan diberikan dibayar faedah pula kepada bank,” katanya ketika berucap pada majlis pelepasan konvoi program Jelajah Peduli Nadi Rakyat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Presiden Majlis Pimpinan Negeri Selangor.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menasihatkan semua wakil rakyat dan ahli parti itu supaya terus memberikan bakti kepada masyarakat terutama dalam berdepan penularan Covid-19.

Katanya, parti politik bukan sahaja membawa usul dan menukar pandangan dasar atau memberi teguran, tetapi juga memberi khidmat dan bantuan yang baik kepada masyarakat.

“Perkara ini sudah saya tegaskan berkali-kali kepada semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri, selain sumbangan diterima kerajaan, setiap daripada mereka mesti dan wajib keluarkan dana peribadi untuk bantu rakyat yang susah.

“Bukan saja berupaya guna duit kerajaan atau minta derma (untuk bantu rakyat), tetapi mereka harus menunjukkan contoh yang baik dengan guna duit poket mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin Shari berkata, pandemik Covid-19 bukan hanya krisis kesihatan tetapi juga krisis ekonomi dan krisis kehidupan yang memerlukan sokongan.

Menurutnya, kerajaan Selangor telah melakukan pelbagai inisiatif dan pakej rangsangan bagi membantu masyarakat untuk terus bertahan sepanjang pandemik seterusnya dapat menjalankan kehidupan dengan selesa.

“Kita perlu bekerja secara positif dan berfikir dengan matang untuk memastikan kita mampu membantu rakyat kerana di waktu yang sukar ini, kita perlu bersatu dan bangkit bersama,” jelasnya. Utusan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker