Sultan Johor dukacita dengan KDN, mahu jumpa PM

Sebaran :

Sultan Johor dukacita dengan KDN, mahu jumpa PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kecewa dengan keengganan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyemak semula syarat ketat baru Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Menurut Sultan Ismail, sebelum ini baginda telah bertitah kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin supaya menyemak semula syarat baru tersebut.

“Namun, apa yang kita dengar di Parlimen hanyalah janji untuk mempertimbangkan permohonan peserta MM2H berdasarkan kes demi kes, dan ini adalah di luar jangkaan dan sesuatu yang mengecewakan.

“Jika keselamatan adalah justifikasi utama untuk kriteria baharu, maka pihak Kementerian hanya perlu membatalkan visa pemegang pas MM2H yang didapati melakukan kesalahan, dan bukannya melibatkan semua peserta,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) yang diturut dimuatnaik dalam Facebooknya.
Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah akan membangkitkan isu itu kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob secara peribadi dalam tempoh terdekat.

Johor adalah antara destinasi popular MM2H, dan menyumbang kepada pendapatan negeri.

Di bawah syarat kelayakan MM2H yang baru, pendapatan bulanan minimum peserta dinaikkan 400 peratus iaitu daripada RM10,000 kepada RM40,000.

Deposit tetap minimum juga dinaikkan daripada RM150,000 kepada RM1 juta.

Pada 14 September lalu, ketika menjawab soalan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau – PKR) di Dewan Rakyat, Hamzah mempertahankan tujuan menambahbaik daripada prosedur sedia ada bagi peserta baru yang ingin menyertai program MM2H.

Pada masa sama, ahli parlimen Larut menjelaskan bahawa peserta lama turut akan dikaji dari aspek kes demi kes untuk tujuan keselamatan.

Mengulas lanjut, menurut sultan Johor, syarat ketat baru tersebut hanya akan menjejaskan negara memandangkan Program MM2H sebelum ini menampakkan kesan kepada ekonomi negara.

“MM2H merupakan satu program yang memberi kesan baik kepada ekonomi Malaysia dan begitu juga kepada rakyat serta kerajaan.

“Jika sekarang kita mengenakan syarat ketat hingga memberi kesan kepada peserta, dikhuathiri kelak akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

“Saya berharap perkara ini akan mendapat perhatian serta pertimbangan dari kerajaan tanpa membuat keputusan drastik terhadap program ini,” titahnya. Mk

Sultan Johor dukacita dengan KDN, mahu jumpa PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :

Leave a Reply