Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi

Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan isterinya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadikan empat rumah milik mereka di Rawang sebagai tempat perjudian pada Julai lalu.

Tertuduh, Liow Lian Keong, 40 dan isteri, Chen Lye Kuen, 41, yang didakwa di Mahkamah Majistret Selayang hari ini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mengikut tiga pertuduhan, Liow didakwa menggunakan tiga kediaman dimilikinya di Bandar Country Homes, Rawang sebagai rumah perjudian terbuka yang dibuat antara 5.15 petang hingga 6.15 petang pada 6 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama membawa hukuman denda antara RM5,000 hingga RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun serta boleh dikenakan denda dengan jumlah sama bagi setiap mesin judi dirampas.

Sementara itu, Chen turut didakwa menjadikan sebuah kediaman miliknya sebagai rumah judi terbuka pada 5.30 petang pada tarikh dan lokasi sama.

Berikutan itu, tertuduh juga didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Muhammad Nor Izzat Nordin, Thomas Chin S W dan Matthews.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 20 Disember depan untuk serahan dokumen, menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan kegiatan “Datuk Ken” yang menjadikan empat rumah di sekitar kawasan Country Homes, Rawang, sebagai markas operasi judi. FMT

Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker