DAP ajak Pejuang, Warisan, Muda sokong MoU

DAP ajak Pejuang, Warisan, Muda sokong MoU

Tiada jaminan bahawa memorandum persefahaman (MoU) reformasi-perbekalan-kepercayaan (CSR) atau juga disebut sebagai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin-pemimpin kanan komponen Pakatan Harapan (PH) akan berjaya membawa Malaysia ke landskap politik baru.

MoU ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, dari jurucakap G25 dan mantan ketua setiausaha perbendaharaan yang mengatakan benda ini memberikan harapan bahawa negara sedang bergerak ke arah pemulihan pandemik yang lancar berbanding dengan beberapa hari lalu.

Ia memberi sinar harapan bahawa perjanjian ini dapat menghentikan usaha pihak tentu yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi, kakistokrasi dan gagal.

MOU CSR ini juga telah menimbulkan kebimbangan bahawa ia akan menjadi tanda berakhirnya era pembangkang di Parlimen.

Tidak dapat disangkal, MOU CSR boleh menemui jalan buntu kerana ia bergantung kepada tawaran dan persetujuan kedua-dua belah pihak.

DAP dan PH akan melakukan yang terbaik untuk menghormati janji yang termaktub dalam MOU CSR kerana kita tidak boleh membiarkan wabak Covid-19 terus berlanjutan dengan meninggalkan kerosakan terhadap kehidupan dan mata pencarian rakyat Malaysia.

Wabak berkenaan telah mengakibatkan lebih dua juta kes jangkitan Covid-19 dan mengorbankan lebih 22,000 dalam tempoh 21 bulan lalu.

Semalam, pada Hari Malaysia ke-58, sebanyak 345 kes kematian Covid-19 direkodkan, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-5 tertinggi di dunia dengan jumlah kematian akibat Covid-19 hanya di belakang Amerika Syarikat (1,291), Rusia (794), Brazil (600) dan Iran (453).

Sejak menteri kesihatan yang baru, Khairy Jamaluddin mengangkat sumpah pada 18 hari yang lalu pada 30 Ogos, rakyat Malaysia masih menunggu tanda-tanda penurunan ketara kes harian Covid-19 dan kes kematian akibat Covid-19.

Purata kes jangkitan Covid-19 sepanjang 18 hari lalu adalah melebihi 19,000 kes dan purata kes kematian akibat Covid-19 untuk tempoh yang sama adalah sebanyak 330 kes.

Memandangkan tempoh inkubasi coronavirus adalah selama 14 hari, perlu ditekankan bahawa purata kes kematian akibat Covid-19 sepanjang empat hari lalu adalah sebanyak 411 kes.

Dengan peningkatan kadar kes jangkitan Covid-19 dan kematian akibat Covid-19 ini, adakah kita akan mengumpulkan lebih lebih tiga juta kes jangkitan Covid-19 dan 30,000 kematian akibat Covid-19 pada akhir Oktober depan?

Menurut laman web “Our World in Data”, kita adalah negara teratas pada 15 September dengan “kes kematian akibat Covid-19 per sejuta penduduk” tertinggi, bukan hanya di rantau ASEAN, malah turut menewaskan Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan Vietnam, kita juga menewaskan negara-negara besar yang lain seperti China, India, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom, Iran, Turki, Brazil dan Mexico.

Inilah sebabnya mengapa gencatan senjata politik mesti dilaksanakan dalam tempoh 10-18 bulan dari sekarang untuk menyatukan rakyat Malaysia supaya mereka dapat memberikan tumpuan tidak berbelah dalam usaha memenangi perang melawan wabak Covid-19 dan mengatasi kesan yang ditimbulkan oleh wabak ini.

Kita tidak mahu Malaysia berakhir sebagai negara kleptokrasi, kakistokrasi dan gagal.

MOU CSR tidak bermaksud tiada lagi blok pembangkang di Parlimen kerana ahli parlimen DAP dan PH akan terus bersuara dan mengangkat agenda keadilan, kebebasan, kemajuan dan perpaduan seperti biasa yang kami lalukan selama ini.

Kami ingin memenuhi Impian Malaysia; untuk negara ini menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk menunaikan hasrat Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman agar Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”.

Pun begitu, rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik, agama, wilayah atau politik, perlu memastikan bahawa MOU CSR yang ditandatangani antara Ismail Sabri dan pemimpin PH memberikan peluang bersejarah untuk menetapkan semula hala tuju negara ini ke arah pemulihan ekonomi dan sosial dalam era pasca-Covid-19 selain menyelamatkan Malaysia.

Saya berharap Warisan, Pejuang dan Muda menyokong dan menandatangani MOU CSR dengan Perdana Menteri untuk masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia. Mk
LIM KIT SIANG

DAP ajak Pejuang, Warisan, Muda sokong MoU


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker