Pemilihan Zamri sebagai Pengerusi NAFAS melalui proses pengundian

Pemilihan Zamri sebagai Pengerusi NAFAS melalui proses pengundian

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pemilihan Datuk Zamri Yaakob sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) baharu berkuatkuasa 13 September lalu.

Pelantikannya dibuat susulan peletakan jawatan Dr. Anis Mahmud.



NAFAS dalam satu kenyataan berkata, Zamri dipilih melalui proses pengundian semua AJP pertubuhan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam satu mesyuarat pada Isnin lepas.

Untuk rekod, Zamri yang berasal daripada Temerloh, Pahang berdaftar sebagai ahli peladang sejak tahun 1985.

Beliau juga merupakan ahli LPP yang aktif dalam masa yang sama telah memegang pelbagai jawatan di dalam pelbagai peringkat Pertubuhan Peladang.

Antaranya jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pulau Tawar sejak 1996, AJP Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pahang sejak 2001 seterusnya dipilih menjadi Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pahang pada tahun 2020.



Sepanjang penglibatannya dalam Pertubuhan Peladang, Zamri telah meraih Anugerah Peladang Jaya peringkat Kebangsaan dan negeri Pahang pada tahun 2002.

Selain Pertubuhan Peladang, beliau juga memegang pelbagai jawatan antaranya sebagai Pengerusi Koperasi Pekebun Getah Nasional Berhad (NARSCO) Berhad sejak 2012 sehingga kini, Pengerusi NARSCO Travel Tours Sdn Bhd (2013 – kini), Ahli Pihak Berkuasa RISDA (2016 – kini), Pengerusi Koperasi Gabungan Negeri Pahang (2014 – kini), Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Jerantut (1998 – kini) serta Lembaga Pengarah RISDA Fleet Sdn Bhd (2014 – kini).

Sehubungan itu, NAFAS percaya pengalaman luas beliau dalam bidang pertanian serta pengurusan Pertubuhan Peladang serta Koperasi berasaskan pertanian mampu membawa transformasi kepada pergerakan Pertubuhan Peladang seluruh negara.

Zamri juga merupakan abang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. MG



Pemilihan Zamri sebagai Pengerusi NAFAS melalui proses pengundian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker