Kerajaan komited untuk bentang RUU Anti Lompat

Kerajaan komited untuk bentang RUU Anti Lompat

Kerajaan komited kepada komitmen untuk membentangkan Rang Undang-undang Anti-Lompat di Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, berkata perkara itu selaras pelaksanaan transformasi sebagaimana titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu mengenai peri-pentingnya sebuah pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.

Justeru, katanya menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan prinsip kebersamaan akan terus diamalkan agar dapat melindungi hak rakyat negara ini yang telah memberi kepercayaan tinggi kepada ahli-ahli Parlimen.

“Kerajaan juga akan memastikan sistem demokrasi berparlimen sentiasa disanjung tinggi agar kepentingan rakyat dan negara sebagai satu ‘Keluarga Malaysia’ dapat diutamakan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin mengetahui sejauh mana tindakan serta perancangan yang dirangka kerajaan dalam melaksanakan RUU Anti Lompat Parti bagi mengelakkan berlakunya ketidakstabilan politik dalam Negara.

Perdana Menteri menjelaskan kerajaan sentiasa komited memastikan kestabilan negara menjadi agenda utama ke arah pemulihan negara memerangi pandemik COVID-19 serta memulihkan ekonomi.

Katanya, ini termasuklah usaha menyelesaikan kemelut politik melalui prinsip kebersamaan antara parti kerajaan dan pembangkang dalam memastikan ketidakstabilan politik di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik.

“Kerajaan komited dalam melaksanakan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Transformasi kerajaan ini memaktubkan nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum, dan budaya dalam konteks Keluarga Malaysia,” katanya. BH

Kerajaan komited untuk bentang RUU Anti Lompat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker