Gaji Krisdayanti RM21,836 Sebulan Sebagai Ahli DPR
Gaji Krisdayanti RM21,836 Sebulan Sebagai Ahli DPR
JAKARTA – Penyanyi popular, Krisdayanti mendedahkan menerima gaji sebanyak 75 juta rupiah (RM21,836) sebulan selepas berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menurutnya, pendapatan itu diterima sebanyak dua kali sebulan iaitu pada setiap 1 hari bulan dan 5 hari bulan.
“Setiap 1 hari bulan, saya menerima gaji sebanyak 16 juta rupiah (RM4,658), manakala pada 5 hari bulan sebanyak 59 juta rupiah (RM17,177) lagi akan dibayar,” katanya dalam satu program bual bicara di YouTube.
Tambah penyanyi yang turut popular di Malaysia itu, pendapatannya bagaimanapun mempunyai banyak potongan.
“Maaf, saya perlu melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Saya tidak berasa senang hati jika tidak melakukannya dengan baik,” ujarnya.
Selain itu, penyanyi lagu ‘Menghitung Hari’ tersebut menyifatkan jumlah pendapatannya sebagai sederhana kerana bagi ahli Parlimen, dia perlu menyampaikan pelbagai bantuan keperluan asas kepada masyarakat.
“Kehadiran kami sangat diperlukan oleh masyarakat. Barangan keperluan harian perlu disumbangkan dengan kuantiti yang banyak,” jelasnya.
Krisdayanti sebelum ini dilantik sebagai anggota DPR bagi penggal 2019-2024 yang mewakili bahagian Jawa Timur V. – Agensi
Gaji Krisdayanti RM21,836 Sebulan Sebagai Ahli DPR
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- “Apa punya mangkuk”, kata Mahfuz kepada Hamzah
- Kementerian Kewangan arahkan bank usahakan pengecualian faedah moratorium
- Timbalan speaker gantung Rayer dua hari dari sidang parlimen
- Tak puas hati caj mahal, lelaki tetak peniaga
- Kempen harga ayam dituduh ‘berat sebelah’, KPDNHEP padam catatan di Facebook
- Bila VIP pergi masjid
- Kuasa ketiga muncul lawan kerajaan dan pembangkang
- Ismail Sabri Ulangi Keajaiban Tun Abdul Razak
- Ibu bapa fail saman, hentikan vaksinasi budak bawah 18 tahun
- Ada dua isteri, umur baru 17 tahun
- Baru sejam berkahwin, suami mahu bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU
Mahu bercuti atau pilih balik kampung?
You must be logged in to post a comment.