IC untuk penduduk Borneo tanpa dokumen: KDN minta data KKM, Mosti

IC untuk penduduk Borneo tanpa dokumen: KDN minta data KKM, Mosti

Kementerian Dalam Negeri telah meminta Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) untuk berkongsi data yang dapat membantu mempercepat usaha memberi kewarganegaraan kepada penduduk asli Borneo tanpa dokumen pengenalan diri sah.

Ini dapat dilakukan berdasarkan program vaksinasi di Sarawak, terutama yang menggunakan pendekatan vaksin dahulu daftar kemudian.



“Kita alu-alukan kementerian-kementerian lain beri data, KKM atau Mosti untuk kita ambilkan tindakan,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said (gambar, judul) kepada Dewan Rakyat hari ini.

Dia menjawab soalan tambahan daripada Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) pada sesi soalan lisan.

Lukanisman bertanya apakah kerajaan akan menggunakan data yang dikumpulkan daripada program vaksin Sarawak, yang memberi vaksin dahulu dan daftar kemudian untuk warga negara tanpa dokumen, untuk mengesan mereka dan memberikan mereka kewarganegaraan.

“Terdapat dakwaan masih ramai lagi, Orang Asal, Orang Penan di Sarawak dan Sabah tidak ada pengenalan diri,” katanya.



Selain meminta data daripada kementerian lain, Ismail berkata terdapat jawatankuasa khas di Sabah dan Sarawak yang sedang berusaha memberikan dokumen pengenalan kepada penduduk tanpa kewarganegaraan di Borneo.

Katanya lagi, Jabatan Pendaftaran Negara memang mempunyai pasukan yang masuk ke kawasan pendalaman untuk mendaftarkan kelahiran dan kewarganegaraan melalui program jangkauan Menyemai Kasih Rakyat (Mekar).

IC untuk penduduk Borneo tanpa dokumen: KDN minta data KKM, Mosti


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


RUU Ombudsman dibentang tahun depan – Ismail



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker