Gajah Purba Pupus 4,000 Tahun Lalu Cuba Dihidupksn Semula Saintis

Sebaran :

Gajah Purba Pupus 4,000 Tahun Lalu Cuba Dihidupksn Semula Saintis

Bagi memulihkan ekosistem di Kutub Utara, sekumpulan saintis bercadang untuk menghidupkan semula gajah kuno yang hidup sekitar 4,000 tahun yang lalu. Dengan teknologi kejuruteraan DNA, saintis bercadang untuk menanam sel gajah kuno ke dalam rahim buatan.

Sebuah pasukan telah dibentuk dan diketuai oleh ahli genetik Church George dari Harvard Medical School. Berkata kepada media, beliau mengaku bahawa ada usaha untuk menghidupkan kembali raksasa berbulu tebal yang pupus pada 4,000 tahun yang lalu ke habitat semula jadi.

Alasan di sebalik usaha ini adalah untuk membantu memulihkan ekosistem, memerangi krisis iklim dan memelihara gajah Asia yang terancam pupus. Pada masa ini, para saintis berjaya mengekstrak DNA raksasa berbulu tebal ini daripada binatang yang diawet di Permafrost.

Difahamkan, Church kini hanya tinggal beberapa langkah lagi untuk merealisasikan rancangannya, termasuk penggunaan CRISPR, alat penyunting gen revolusioner yang digambarkan sebagai menulis semula kod kehidupan, untuk mengubah ciri-ciri spesies hidup.

Pasukan penyelidik kini menganalisis 23 spesies gajah hidup dan gajah kuno yang pupus, kata Church. Para saintis percaya bahawa mereka perlu memprogram “lebih dari 50 perubahan” pada kod genetik gajah Asia untuk memberikan sifat-sifat yang diperlukan bagi menghidupkan kembali mammoth yang mampu berkembang dan hidup di Kutub Utara.

Ciri-ciri ini, kata Church, merangkumi lapisan lemak penebat 10 sentimeter, lima jenis rambut lebat termasuk yang mempunyai panjang hingga satu meter, dan telinga yang lebih kecil bagi membantu untuk menahan sejuk. Pasukan ini juga merancang untuk mencari jalan untuk membina gajah kuno ini tanpa gading bagi mengelak daripada menjadi sasaran pemburu.

Setelah sel-sel dengan ciri-ciri ini dan yang lain berjaya diprogramkan, Church merancang untuk menggunakan rahim buatan untuk proses dari embrio ke bayi, sesuatu yang memerlukan 22 bulan untuk gajah hidup. Namun, teknologinya masih belum cukup sempurna, Church mengatakan mereka tidak menolak menggunakan gajah hidup sebagai pengganti.

Idea untuk gunakan bioteknologi bagi membantu spesies yang terancam punah, atau bahkan yang sudah pupus, bukanlah perkara baru. Pada tahun 2009 para penyelidik berjaya mengklon subspesies ibex yang telah mati pada tahun 2000, bagaimanapun spesis klon tersebut hanya hidup beberapa minit.

Pada bulan April, pihak Zoo San Diego dan Revive & Restore yang berpusat di California mengumumkan bahawa mereka telah berjaya klon musang berkaki hitam yang terancam punah, dengan tujuan untuk menambahkan kepelbagaian genetik ke dalam program pembiakan tawanan. Vc

Gajah Purba Pupus 4,000 Tahun Lalu Cuba Dihidupksn Semula Saintis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi


Sebaran :

Leave a Reply