Cukup, carilah pemimpin yang baharu

Cukup, carilah pemimpin yang baharu. Tindakan Tuk Seri Anwar buat banyak orang berfikir, PKR harus berfikir ‘selepas Anwar’. Begitu juga parti macam DAP, orang lama macam Lim Kit Siang dah patut berundur. Sistem clan dalam DAP juga sudah tak relevan hari ini. Lim Guan Eng macam bayang-bayang ayahnya. Dalam UMNO nampaknya akan berlaku perubahan besar, Tuk Seri Zahid akan hilang kekuatannya. Tuk Seri PM baharu akan bawa UMNO ke jalan baharu.

Nampaknya Pas juga harus cari pemimpin baharu. Yang sedia ada dah tak sesuai dengan selera pengundi sekarang. Tun mantan Perdana Menteri juga harus tinggalkan Pejuang pada golongan baharu. Eranya dah berakhir.

Awang nampak dengan pentadbiran Tuk Seri PM baharu, ada peluang semua ini berlaku. Memanglah beliau terpaksa lantik beberapa orang menteri lama yang dah tumpul idea dan menteri baharu yang tak berprestasi baik. Tapi itu untuk sementara waktu. Mungkin apabila beliau lebih kuat, beliau akan buat perubahan.



Banyak pihak mahu lihat transformasi politik negara. Politik kita dipimpin oleh generasi lama, generasi yang pimpin sejak tahun 90-an lagi. Di dunia, banyak pemimpin baharu yang diberi peluang menjadi teraju.

Parti-parti politik harus buat perubahan segera. Penyokong mereka mahukan pemimpin yang boleh wakili generasi hari ini. Lebih-lebih lagi apabila Undi18 dilaksanakan. Orang muda mahu melihat abang atau ayah dan bukan datuk mereka di teraju pemerintahan.

Awang harap Tuk Seri PM baharu akan mulakan transformasi itu dalam UMNO. Barulah beliau buat impak yang sebenar. SH

Cukup, carilah pemimpin yang baharu




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Mukhriz ‘bengang’ jawatan pengerusi MPN tidak dapat pada Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker