Penganggur maut ditetak, empat ditahan

Penganggur maut ditetak, empat ditahan

SEPANG – Polis menahan empat lelaki disyaki terbabit dalam kejadian tetak sehinggakan menyebabkan seorang penganggur maut di Taman Pantai Sepang Putra, Sungai Pelek, malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, seorang lelaki berusia 45 tahun maut akibat ditetak dan dipukul di belakang badan disyaki dengan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, mangsa didatangi sekumpulan lima lelaki di hadapan rumahnya ketika mangsa berada di luar rumah kerana mahu muntah gara-gara mabuk.

Katanya, semasa mangsa membuka pagar, sebuah kereta berwarna merah jenis Proton Iswara tiba-tiba meluru datang sebelum keluar dua suspek dan menghampiri mangsa.

“Salah seorang telah bertindak menetak mangsa di belakang badan dan kepala manakala seorang lagi memukulnya di kepala dengan topi keledar sebelum melarikan diri dengan kereta.

“Mangsa yang parah kemudiannya dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh doktor ketika tiba di hospital,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, pemeriksaan dan siasatan forensik menemui sebilah parang berhulu merah, kesan darah dan topi keledar di lokasi kejadian.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis yang turut dibantu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor juga telah menemui kereta jenis Proton Iswara dan Perodua Bezza digunakan oleh suspek ketika operasi dilaksanakan di Ladang Sepang,” katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan empat lelaki berbangsa India berusia lingkungan 25 hingga 33 tahun serta merampas dua buah kereta dan empat telefon bimbit disyaki digunakan dalam kejadian itu.

Tambahnya, tiga daripada empat suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis mengesyaki motif kejadian angkara pergaduhan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. K Online

Penganggur maut ditetak, empat ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker