Harga hartanah berpotensi meningkat hingga 11 peratus

Harga hartanah berpotensi meningkat hingga 11 peratus

Harga jualan hartanah di Malaysia dijangka meningkat sehingga 11 peratus, jika pemaju hartanah mengalih kesan peningkatan kos pembinaan kepada pembeli.

Penganalisis AmInvestment Bank Bhd, Khoo Zing Sheng, berkata berdasarkan keadaan semasa pasaran, pemaju hartanah dijangka menyerap kenaikan kos dan mengalihnya sebahagian kos kepada pembeli sebagai sebahagian langkah mengurangkan kesan margin yang mengecil.



Katanya, kebiasaannya kos pembinaan membabitkan sekitar 50 hingga 55 peratus daripada nilai pembangunan kasar (GDV) pemaju, di mana kesan kenaikan kos pembinaan akan menyebabkan margin semakin berkurang.

“Tahun ini, kami menjangkakan peningkatan kos pembinaan sekitar 19 peratus. Jika pemaju melepaskan sepenuhnya peningkatan kos ini kepada pembeli, harga jualan akan meningkat sebanyak sembilan hingga 11 peratus,” katanya dalam nota penyelidikan.

Mengulas lanjut, Zing Sheng berkata, jualan hartanah baharu merosot sebanyak 30 peratus dengan pemaju mencapai tujuh hingga 37 peratus daripada sasaran jualan pada tahun ini atau purata sekitar 20 peratus berbanding 15 hingga 53 peratus pada tahun sebelumnya.

“Jualan yang lebih lemah disebabkan terutama berakhirnya Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dan pelancaran baharu yang lebih perlahan pada suku pertama 2022.



“Sementara negara beralih ke fasa endemik di tambah dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April lalu, ia bakal menyokong pemulihan pasaran hartanah. Namun kami kekal berhati-hati berhubung kadar pertumbuhan di tengah-tengah kebimbangan mengenai jualan masa depan susulan kemungkinan kekurangan pelancaran baharu,” katanya.

Mengenai cadangan pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), beliau menjelaskan, pembelian hartanah sebelum ini dikecualikan daripada GST kepada pembeli tetapi cukai itu dikenakan ke atas bahan binaan yang ditanggung oleh pemaju.

Katanya, pemaju hartanah boleh memilih untuk menyerap sebahagian peningkatan kos dan sebahagian lagi dialihkan kepada pembeli.

“Kami menjangkakan kenaikan harga jualan kediaman sekitar satu hingga dua peratus jika GST dilaksanakan semula.



“Namun, kesan ke atas hartanah komersial dan tanah dijangka lebih besar sebanyak enam peratus berdasarkan kadar sebelum ini.

“Justeru, sektor hartanah masih terdedah kepada permintaan yang lebih lemah daripada harga produk yang lebih tinggi di tengah-tengah isu kemampuan pemilikan perumahan yang meningkat,” katanya. BH

Harga hartanah berpotensi meningkat hingga 11 peratus


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker