Modenas perkenal Dominar D400 dinaik taraf

Modenas perkenal Dominar D400 dinaik taraf

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) memperkenalkan motosikal Dominar D400 yang telah dinaik taraf dengan beberapa peningkatan teknikal dan pilihan warna baharu.

Menurut Modenas, motosikal model sports tourer itu dinaik taraf dari segi teknikal melalui penggunaan penyerap hadapan terbalik (fork USD) bagi menggantikan fork teleskopik konvensional pada model terdahulu.



Selain itu, ia turut dilengkapi dengan enjin 373cc DOHC dengan teknologi DTS-i penyejukan cecair berkuasa 40PS dan tork 35Nm pula menerima sistem ekzos muncung berkembar baharu.

“Dominar D400 dinaik taraf ini menjanjikan pengalaman tunggangan yang lebih berkuasa dan lebih selesa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, motosikal tersebut merupakan model sports tourer premium paling mampu milik dalam segmennya yang ditawarkan dengan harga yang menarik serta suntikan teknologi terkini.

Dominar D400 baharu ditawarkan pada harga RM13,997 tanpa insurans dan cukai jalan serta ditambah baik dengan pilihan warna baharu iaitu Savanna Green dan Charcoal Black.



Motosikal tersebut berada di semua wakil pengedar sah Modenas bermula bulan ini. Utusan

Modenas perkenal Dominar D400 dinaik taraf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker