UMNO Perlu Waspada Gerakan Subversif PPBM

UMNO Perlu Waspada Gerakan Subversif PPBM.

1. Sejarah telah membuktikan bahawa pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional merupakan yang terbaik dalam menguruskan kesejahteraan negara dan kebajikan rakyat terutamanya dalam mendepani cabaran dan krisis terdahulu.

2. Setelah tumbang pada 2018 akibat fitnah dan tohmahan jahat, negara kita terus terjerumus dengan pelbagai masalah akibat kegagalan pentadbiran yang dipamerkan oleh Kerajaan PH dan juga Kerajaan PN-PPBM.

3. Sikap untuk menguruskan negara terutamanya sewaktu krisis yang disulami dengan gerakan politik jahat sudah tentu dapat dirasai oleh rakyat terutamanya apabila pelbagai peraturan yang diwartakan didapati berat sebelah, terpilih dan berubah-ubah sehingga mengelirukan rakyat.

4. Atas sebab yang sedemikian, telah terpanggil untuk kepimpinan UMNO menentukan bahawa keadaan tidak lagi wajar untuk UMNO terus menyokong kepimpinan gagal yang diterajui oleh PPBM.

5. Kini, tampuk kepimpinan telah beralih kepada UMNO dan peluang untuk negara kita bangkit daripada kemusnahan yang dibawa oleh wabak ini semakin baik.

6. Walau bagaimanapun, UMNO harus sentiasa waspada dengan gerakan politik PPBM menjelang PRU-15.

7. PPBM merupakan sebuah parti serpihan daripada UMNO yang mana kebanyakkan pemimpin dan ahlinya juga daripada UMNO jua.

8. Kebanyakkan mereka yang menyertai PPBM adalah disebabkan samaada ugutan dan tekanan PH atau kekecewaan kerana gagal untuk mendapatkan sesuatu daripada UMNO samada ganjaran ataupun jawatan dan mereka menyertai PPBM dengan harapan untuk memperolehnya.

9. Pada masa yang sama, sasaran demografi pengundi PPBM juga terlalu mirip kepada UMNO dan ini hanya akan mengakibatkan PPBM bakal bersaing di kawasan Parlimen yang sama dengan UMNO.

10. PPBM amat memerlukan persetujuan UMNO untuk tidak bertanding di kawasan parlimen yang bakal mereka tandingi bagi memastikan parti mereka terus releven.

11. UMNO pula melalui Perhimpunan Agung UMNO telah menetapkan bahawa kerjasama politik bersama PPBM akan terputus menjelang PRU-15 dan akan bertanding di mana PPBM bakal bertanding.

12. Ini bermakna bahawa PPBM tidak mempunyai kaedah lain melainkan meraih sokongan melalui gerakan politik subversif iaitu dengan melemahkan UMNO di kawasan.

13. Pemimpin UMNO di bahagian perlu berwaspada dengan perkara ini terutamanya dengan gerakan PPBM yang sedang giat berkempen mendapatkan ahli dari kalangan ahli UMNO sendiri khususnya mereka yang berpengalaman dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan perjalanan pilihanraya termasuk aktiviti berkempen.

14. Baru-baru ini Presiden PPBM yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), YB Tan Sri Mahiaddin Hj Md. Yasin telah berikrar untuk membuat kemunculan semula (make a comeback) dengan mendapatkan mandat melalui pilihanraya umum yang akan datang.

15. Oleh itu, saya amat berharap agar tiada ahli atau pemimpin UMNO sendiri yang ‘termakan’ dengan janji-janji manis atau habuan yang disajikan oleh PPBM untuk menyertai parti mereka.

16. Ingatlah bahawa UMNO merupakan satu-satunya wadah perjuangan orang Melayu yang telah berbakti selama lebih 70 tahun dan telah berjaya membina sebuah negara berjaya dan berprestasi tinggi.

17. Teguhkan perpaduan melalui Muafakat Nasional, elakkan persengketaan, hapuskan perasaan dengki dan iri hati serta tingkatkan usaha untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang menjadi pilihan rakyat.

Aziz Kaprawi

UMNO Perlu Waspada Gerakan Subversif PPBM.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker