Tulisan jawi perlu terus dimartabatkan

SUATU ketika dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting di Malaysia kerana ia medium untuk mengembangkan ilmu dalam kalangan rakyat terutama bagi mempelajari agama Islam.

Sebelum kedatangan Islam di kepulauan Melayu, beberapa sistem tulisan digunakan iaitu sistem skrip Pallava dan skrip Kawi.

Mengikut sejarah, tulisan jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik.

Tulisan jawi purba yang terawal ditemui di negara ini adalah pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi (702 Hijrah).

Wilayah Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Srivijaya pada abad ke-13, sementara Kesultanan Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18.

Ia menguatkan hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi oleh kerajaan abdi Pasai di bawah Srivijaya.

PAS sokong Kerajaan Pahang wajibkan tulisan Jawi di papan kenyataan dan premis perniagaan

Bagaimanapun, pengaruh tulisan jawi semakin berkurangan selepas penjajah Inggeris memperkenalkan tulisan rumi di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.

Selepas enam dekad berlalu, tulisan jawi di Malaysia masih dipertahankan dan diajar kepada murid-murid peringkat sekolah rendah dan juga sekolah agama. Tulisan yang sangat sinonim dengan Islam dan bangsa Melayu itu terus diperjuangkan oleh mereka yang tidak mahu melihat lambang serta simbol penting itu lenyap ditelan zaman.

Dalam konteks itu, usaha Yayasan Budi yang diketuai oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memartabatkan dan memperkasa tulisan tersebut perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Hanya dengan perlindungan dan bantuan kerajaan baru kita mampu untuk memastikan tulisan jawi di Malaysia dapat dipertahankan.

Pada masa yang sama, kita juga berharap agar pihak-pihak lain menghormati hak dan perasaan orang Melayu di Malaysia untuk menjulang tulisan jawi.

ADUN DAP didesak tarik balik permohonan cabar tulisan jawi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker