Prestasi Pemain Badminton Negara Teruk Kerana Ramai Orang Melayu – Bekas Pemain

Prestasi Pemain Badminton Negara Teruk Kerana Ramai Orang Melayu – Bekas Pemain

Seorang jurulatih warganegara Malaysia dan bekas pemain negara, Bong Guang Yik yang kini dilaporkan berpangkalan di China telah mengeluarkan kenyataan perkauman dengan menyatakan bahawa prestasi merudum yang ditonjolkan pemain badminton negara disebabkan pengurusan yang diuruskan oleh orang melayu.

Rosak Semasa Perlawanan, Jurulatih Malaysia Dipuji Beri Kasut Sendiri Kepada Pemain Badminton Jamaica
Lee Chong Wei Pemain Badminton Paling Kaya, Miliki Kekayaan Bernilai RM330 Juta?



Sudah pasti peminat di negara ini sedar bahawa prestasi pemain badminton negara pada permulaan tahun ini tidak begitu membanggakan. Ia dapat dilihat pada kejohanan Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsung pada Januari tahun ini dimana tiada seorang wakil Malaysia yang berjaya mara ke pentas akhir.

Menerusi kenyataan tersebut yang dimuat naik di laman TikTok, beliau berkata bahawa punca segala kekacauan prestasi yang terjadi kepada pemain negara adalah berpunca daripada pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dipenuhi oleh orang melayu.

Layanan tidak adil daripada BAM kepada para pemain, terlalu memberi fokus kepada Dato’ Lee Chong Wei dan meletakkan semua sumber kepada pemain nombor 1 negara serta tidak menumpukan pembanggunan pemain muda adalah antara sebab mengapa pemain negara kini kurang menonjol dari segi prestasi dan kurang berkemampuan untuk bersaing dengan pemain dari negara lain.

Namun komen yang menjadi perhatian pengguna maya adalah bila mana beliau menyentuh soal bangsa, di mana beliau berkata bahawa pengurusan BAM yang dipegang oleh orang Melayu yang solat 5 waktu menjadi punca kepada segala permasalahan ini.



“Bagi orang Melayu jadi management. Eh mereka sembahyang dah 5 kali sehari, mana ada niat nak uruskan BAM. Lemah pengurusan ini. Sistem yang lemah menyebabkan pemain Malaysia semua merosot.”

“Jangan bagi orang Melayu, jadi tukarlah kepada orang Cina. Cuba tengok, ada kemajuan. Sebab orang Melayu bagi saya, semua malas dan tahu makan je. Sebab satu hari sembahyang 5 kali. Dia mana ada niat nak uruskan BAM dengan baik”, ujar beliau.

Komen berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh beliau ini telah tular di laman Twitter apabila seorang individu dengan nama Ah Boy telah bertindak memuat naik video tersebut dan mengecam tindakan beliau yang menyalahkan kaum yang menjadi punca mengapa prestasi pemain negara merudum.

Selain itu, kebanyakan netizen yang menonton video tersebut turut mengecam tindakan Bong kerana telah memainkan isu perkauman. Vc



Prestasi Pemain Badminton Negara Teruk Kerana Ramai Orang Melayu – Bekas Pemain

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker