Proton X90 kini dibuka untuk tempahan

PETALING JAYA: Proton X90, kenderaan tenaga baharu pertama keluaran Proton dan kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiga untuk barisan model siri-X kini dibuka untuk tempahan di semua cawangan Proton 3S dan 4S.

Menurut Proton, X90 memasangkan Sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V dengan enjin 1.5L TGDi dan direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api, mengurangkan pelepasan, meningkatkan prestasi dan menyampaikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.

“SUV ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan baharu iaitu amaran pelanggaran belakang yang memberi amaran kepada pemandu tentang kemungkinan perlanggaran bahagian belakang.



“Selain itu, amaran trafik palang belakang mengesan kenderaan yang menghampiri semasa mengundur menggunakan bahagian penderia radar belakang serta maklumat papan tanda lalu lintas yang mengesan dan memaparkan tanda jalan,” katanya.

Proton X90 tersedia dalam empat varian iaitu Standard, Eksekutif dan Premium untuk tujuh tempat duduk serta Flagship untuk enam tempat duduk.

Spesifikasi standard didatangkan dengan enjin 1.5 TGDi dengan Mild-Hybrid, transmisi Dwi Klac tujuh kelajuan, lampu depan LED penuh, roda aloi 18 inci, tempat duduk fabrik, skrin infotainment 12.3 inci dan lampu undur, dengan tiga pilihan warna iaitu Snow White, Armor Silver dan Jet Grey.

Selain itu, spesifikasi Eksekutif iaitu naik taraf daripada standard pula didatangkan dengan sistem pemantauan tekanan tayar, pintu belakang berkuasa, tempat duduk kulit, tempat duduk kuasa pemandu, tempat duduk pengudaraan depan, kamera 360 dengan paparan 3D, serta pilihan warna tambahan Cinnamon Brown dan Red Ruby.



Bagi spesifikasi Premium pula lengkap dengan sistem bantuan pemandu lanjutan, roda aloi 19 inci, tempat duduk kulit Nappa, tempat duduk kuasa penumpang depan, pengecas tanpa wayar, bantuan parkir kereta, serta pilihan warna tambahan Biru Marin.

Flagship, iaitu naik taraf daripada Premium pula didatangkan dengan bumbung matahari panoramik, tempat duduk kuasa penumpang depan dengan suis ‘Boss,’ serta kerusi kapten baris kedua

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah



Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan



Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker