Justo “hilang” RM8.2 juta wang hadiah dari Tong Kooi Ong sekelip mata

Oleh Nurul Aisyah

BERITA panas terkini yang ramai rakyat Malaysia tidak tahu, Xavier Andre Justo telah “hilang” wang berjumlah RM8.2 juta yang dihadiahkan oleh Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong.

Tong dilaporkan menyerahkan wang berjumlah RM8.2 juta kepada Xavier Andre Justo atas ‘jasa’ beliau mendedahkan kononnya skandal 1MDB pada awal tahun 2019.

Justo mengalami kegagalan dalam perniagaan yang dijalankan di Malaysia hanya dalam masa setahun sebelum melarikan diri ke Switzerland pada awal Mac 2020 selepas Kerajaan Pakatan Harapan jatuh.

Memetik hantaran Facebook Najib Razak,

I am sorry to hear that you have lost the entire RM8.2 million gifted to you by The Edge owner Tong Kooi Ong in January 2019 on a failed business venture in Malaysia within a year before you ran away to Switzerland in early March 2020 after the PH government fell.

I guess the economy under the PH Government then must not be too good for you to lose the entire RM8.2 million within a year.

(BTW, did you pay Malaysian income tax on your “gift” seeing that this was related to your offer to sell the info to The Edge and Clare Brown in year 2015?)

Untuk makluman, email yang menjadi bahan bukti utama Najib tidak melakukan sebarang kesalahan dikatakan telah disekat daripada menjadi bahan bukti di mahkamah.

Ketika kes Najib sampai ke mahkamah, tidak ada satu keping pun dari 230,000 email bersama 17,000 dokumen yang dicuri Justo digunakan oleh pihak pendakwa raya sebagai bukti mahkamah terhadap beliau. Malah, Justo juga tidak dipanggil sebagai saksi pendakwa raya.

Dalam email-email tersebut tiada sebarang bukti yang menunjukkan Najib bersalah atau bersekongkol untuk menipu atau mencuri duit 1MDB.

Sebaliknya, email-email dicuri Justo boleh membuktikan Najib tidak terlibat dalam sebarang penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku.

The Edge pernah memuat naik email yang menunjukkan bahawa pengurusan PetroSaudi bersama Jho Low berpakat untuk menyorok maklumat dari Najib.

“As an email between Mahony and Obaid reveals, they were exchanging ideas on how to explain the situation to Najib. It was decided that they would hide from him the fact that 1MDB would have to take a US$500 million loss. Instead, they would impress upon Najib how important it was for 1MDB to quickly invest another US$500 million with them.”

Cover Story: How PetroSaudi executives plotted what to tell Najib
https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-how-petrosaudi-executives-plotted-what-tell-najib?fbclid=IwAR1gw6evWEtOMHD3u831bGERf3Jk9dKqI4sxqRNVAvuhUQc3NsBeDuyo1aE

Oleh itu, peguam pembelaan Najib memohon kepada mahkamah untuk memeriksa semua emel-emel yang dicuri Justo dan diserahkan kepada pihak berkuasa sejak beberapa tahun yang lalu.

Tetapi pihak pendakwa raya membantah permohonan tersebut atas sebab email-email Justo itu dengan alasan-alasan email-email itu adalah rahsia SPRM, tidak boleh disahkan kesahihan dan tidak patut digunakan sebagai bukti mahkamah.

Akhirnya selepas beberapa hari berbicara, hakim bersetuju untuk mengarahkan SPRM memberi salinan email-email tersebut yang disimpan dalam bentuk thumb drive kepada pihak pembelaan pada akhir Disember tahun lepas.

Mahkamah benar Najib dapatkan dokumen Justo
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/638326/mahkamah-benar-najib-dapatkan-dokumen-justo?fbclid=IwAR3vMeCd8xsDxNrjlkdCzlIFwaZcQuXrDqx4GhCIv91CJqKCy8xTV7yJEvI

Selepas dua bulan menunggu, akhirnya Najib menerima “thumb drive” itu pada akhir bulan Januari dan pihak pembelaan beliau sudah pun meneliti banyak dokumen-dokumen yang boleh digunakan apabila kes 1MDB beliau bersambung selepas PKP.

Email-email dicuri Justo bakal digunakan sebagai bukti mahkamah yang menunjukkan Najib tidak bersalah.

Kebiasaannya duit yang berkat akan sentiasa bercambah dan subur. Duit yang diragui selalunya tidak kekal lama.  Mungkin dari situ, rakyat dapat menilai sumber wang Xavier Andre Justo ini berkat atau pun tidak.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker