Perbaharui sistem Malaysia

SHAH ALAM – Malaysia perlu melakukan penetapan semula atau reset bagi menjadikan negara lebih baik pada masa depan kerana sistem yang ada sekarang sudah lapuk dan rosak.

Pengerusi dan Pengasas Bersama Ikhlas Capital, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata, negara telah mewarisi satu sistem daripada penjajah yang tidak lagi sesuai digunakan kini.

Jelas beliau, sistem sesebuah negara tidak boleh diguna pakai dalam satu tempoh yang lama tanpa ada pembaharuan.

“Dari segi sejarah, sistem yang kita ada sekarang ialah sistem 2.0. Manakala sistem 1.0 adalah pada waktu kemerdekaan negara. Masa itu, penjajah kata sistem yang bagus sekali ialah sistem mereka iaitu Westminster.

“Pada masa itu, mereka tidak buat kajian adakah sistem itu sesuai untuk negara yang mempunyai pelbagai kaum, hidup berasingan atau dengan budaya dan sejarah yang berlainan.

“Mereka cuma kata sistem tersebut baik kerana baik untuk mereka tetapi belum tentu baik untuk kita.

“Berdasarkan sejarah, sistem itu boleh dikatakan gagal ketika pertama kali diduga iaitu pada 13 Mei 1969,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian pada Selasa.

Nazir yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Kumpulan CIMB berkata, reformasi seterusnya dilakukan kerajaan ialah melalui Majlis Perundingan Negara (Mapen) iaitu pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Nazir Razak
Nazir Razak

Ujar beliau, perkara itu menyaksikan sistem di negara ini telah ditukar secara keseluruhannya dan dipanggil sistem Malaysia 2.0.

“Pemimpin ketika itu tahu bahawa sistem 2.0 ini tidak boleh diguna pakai untuk selama-lamanya. DEB pun, dikatakan 20 tahun sahaja.

“Tetapi sekarang sudah 50 tahun sistem ini diguna pakai dan tidak ada pembaharuan. Pada pendapat saya, ia mempunyai banyak masalah.

“Sistem yang kita warisi menyukarkan kita membuat pembaharuan. Jadi kita perlu lakukan reset nasional,” ujar beliau.

Sementara itu, ditanya aspek pembaharuan yang perlu dilakukan sekiranya Reset Malaysia dilaksanakan, Nazir berkata, negara perlu mempunyai politik yang mempunyai ‘pengadil’.

“Sistem kita sekarang ada masalah di mana pasukan yang menang itu jugalah yang akan mengawal pengadil.

“Pengadil politik ini adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kalau kita lihat sistem sekarang berada di bawah perdana menteri, itu salah.

“Kita patut keluarkan mereka dan letakkannya di bawah institusi lain supaya boleh menjadi pengadil dalam politik.

“Mungkin boleh diletakkan di bawah institusi raja supaya mereka boleh tentukan persaingan adil dalam politik,” katanya.

Nazir turut mengesyorkan agar satu musyawarah atau platform dialog bagi memperbaharui sistem negara seperti yang dilakukan pada tahun 1970-an oleh Mapen diwujudkan kembali.

“Selepas saya bersara daripada CIMB pada tahun 2019, saya pergi ke Oxford untuk buat kajian tentang dekalibrasi kenegaraan atau national reset, iaitu pembaharuan sistem negara secara keseluruhannya.

“Saya melihat situasi di Afrika Selatan selepas isu aparteid, Indonesia selepas krisis kewangan pada tahun 1998 dan situasi di Malaysia selepas kejadian 13 Mei 1969.

“Saya buat kajian dan penulisan bahawa negara kita juga patut ikut buat pembaharuan secara keseluruhannya.

“Apabila saya balik dari Oxford, saya bertemu dengan Datuk Dr Anis Yusal Yusoff daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk buat kajian sekali lagi.

“Kami berjumpa lebih 200 orang ahli akademik, politik, bisnes dan orang muda.

“Kami juga berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR), Shahril Hamdan (Ketua Penerangan UMNO), Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi.

“Kita bincang apakah masalah negara menurut pandangan mereka.

“Kebanyakan mereka terbuka kepada idea saya bahawa kita patut ada national reset dan wujudkan platform musyawarah,” katanya.

Perbaharui sistem Malaysia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker