Program Vaksinasi ‘Walk-in’ Lembah Klang Dihentikan Selepas 15 September – Dr Adham

Program Vaksinasi ‘Walk-in’ Lembah Klang Dihentikan Selepas 15 September – Dr Adham

Program vaksinasi ‘walk-in‘ di Lembah Klang akan dihentikan selepas 15 September ini.

Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penduduk di Lembah Klang yang belum divaksinasi boleh mendapatkan suntikan di klinik kesihatan tertentu bermula 16 September.



“Saya ingin mengumumkan bahawa program vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang akan dihentikan terus selepas 15 September ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kadar penduduk di Lembah Klang yang masih belum divaksinasi adalah amat kecil dengan kadar kehadiran rendah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Ini bermakna mulai 16 September, mereka yang belum diimunisasi, boleh dapat suntikan dos pertama di klinik kesihatan tertentu dengan senarai itu akan diumumkan kelak,” tambahnya.

Jelasnya, proses vaksinasi secara ‘walk-in’ di negeri-negeri lain masih diteruskan dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat menerusi Jabatan Kesihatan negeri masing-masing.

Menurutnya, jumlah peratusan populasi dewasa yang lengkap imunisasi di Malaysia ketika ini adalah hampir 70 peratus iaitu melepasi sasaran 60 peratus yang ditetapkan.



Ia sekali gus, kata Dr Adham, membuktikan usaha Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai 80 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksinasi bagi setiap negeri sebenarnya mampu dicapai dalam masa singkat.-Awani

Program Vaksinasi ‘Walk-in’ Lembah Klang Dihentikan Selepas 15 September – Dr Adham


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kanak-kanak 6 tahun hilang ditemui lemas dalam lombong



Ali Puteh berang dituduh makan duit arwah Abam Bocey

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker