Ada berita baik untuk aktiviti luar – KJ

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumakan, ada berita baik yang akan diumumkan berhubung aktiviti sukan berpasukan di luar bangunan (outdoor), tidak lama lagi.

Pengumuman itu dibuat susulan ciapan Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu yang memohon agar gimnasium dan sukan padang turut dibuka semula dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, seperti pawagam yang dibenarkan beroperasi mulai esok.

Kata Khairy, saranan Ahmad Faizal untuk kebenaran aktiviti luar sememangnya wajar, dan perkara itu telah pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Covid-19.

“Untuk ‘outdoor team sports’ adalah wajar. Menteri KBS memang prihatin terhadap sektor sukan.

“Tadi dibincang & diputuskan di sidang MKN Covid-19. Berita yang baik akan diumumkan,” ciapnya di Twitter.

Namun, untuk gimnasium pula, kata Khairy, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama MKN akan membangunkan garis panduan pengudaraan yang harus dipatuhi sebelum ia dibenarkan dibuka.

 

Namun, katanya, ia tidak akan memakan masa yang lama.

“Untuk gimnasium, KKM akan bersama-sama MKN akan membangungkan garis panduan pengudaraan yang harus dipatuhi. Ini tidak akan memakan masa yang lama, tetapi kerana ciri pusat kesihatan indoor (dalam bangunan), kita mesti tekankan keperluan pengudaraan yang tertentu.

“(Kami) Sedang mengusahakannya dalam kadar segara,” katanya dalam ciapan susulan.

Pakar berbeza pendapat mengenai risiko pawagam dan gimnasium, meskipun untuk individu yang diberi vaksin sepenuhnya.

 

Ada pakar yang berpandangan pawagam mempunyai risiko penularan lebih rendah kerana orang ramai tidak berkomunikasi antara satu sama lain dan menghadap ke arah skrin yang sama, berbanding gimnasium di mana orang ramai perlu bernafas lebih kuat dan berpeluh.

Ada pula pakar yang menyifatkan gimnasium berisiko “sederhana tinggi” kerana kadar pernafasan tinggi, kesukaran memakai pelitup muka, potensi berkumpul dan sentuhan pada alatan, manakala pawagam pula disifatkan berisiko tinggi” kerana melibatkan premis tertutup untuk jangka masa lama yang berpotensi berlaku jangkitan.

Ada berita baik untuk aktiviti luar – KJ


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker