Singapura bakal jadi negara robot
Robot yang diberi nama sebagai Xavier itu juga mengawal di kawasan perbandaran tersebut dan akan mengesan kesalahan seperti menjaja secara haram, meletakkan basikal, e-skuter dan motosikal di laluan pejalan kaki.
Kawasan perbandaran Toa Payoh itu dipilih untuk eksperimen penggunaan robot pemantau itu disebabkan oleh tempat tersebut dikunjungi oleh ramai orang dan banyak perbuatan manusia yang tidak sopan dilakukan oleh mereka sebelum ini.
Projek perintis itu bermula pada Ahad lalu dan eksperimen itu melibatkan tempoh selama tiga minggu.
Dalam projek tersebut, robot tersebut akan mengesan manusia yang menghisap rokok di tempat larangan merokok dan akan merakamkan kelakuannya sebelum dihantar ke sebuah pusat kawalan.
Ia juga akan mengeluarkan suara bagi meminta si penghisap rokok supaya tidak berbuat demikian di kawasan tersebut dan tidak diprogramkan untuk menangkap si pelaku yang melakukan kesalahan tersebut.
Keadaan yang sama juga berlaku ketika robot empat roda itu ditugaskan mengesan kumpulan manusia melebihi daripada lima orang supaya tidak berkumpul semasa pandemik Covid-19 melanda negara tersebut.
Pelbagai jenis robot
Projek itu dilakukan melibatkan kerjasama dengan Agensi Sains dan Teknologi (HTX), Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, Pihak Berkuasa Pengangkutan Tanah (LTA), Agensi Makanan Singapura dan Lembaga Perumahan negara itu.
Sebelum ini, negara itu sudah menguji teksi robot pada tahun 2016 dan pada awal tahun ini bas awam robot turut diuji dan bergerak mengikut laluan-laluan yang telah diprogramkan tetapi terdapat pemandu duduk di belakang stereng sebagai langkah berjaga-jaga jika pemanduan secara automatik gagal berfungsi sepenuhnya.
Empat lagi robot dengan tiga daripadanya telah diuji ketika pademik Covid-19 melanda negara berkenaan.
Robot-robot itu ialah Matar yang mempunyai fungsi hampir sama dengan Xavier dan ditempatkan di majlis-majlis besar seperti Hari Perarakan Kebangsaan pada tahun 2019, ‘Marina Bay Countdown’ untuk sambutan tahun baharu dan perarakan Chingay.
Ia dibina atas usaha sama polis dengan HTX dan turut digunakan untuk memantau penjarakan sosial di asrama pekerja asing dan kemudahan kuarantin Covid-19 pada tahun lalu.
Dua robot itu kini digunakan untuk memantau penjarakan sosial di sebuah asrama pekerja asing di timur Singapura.
Robot O-R3 juga digunakan oleh Lembaga Utiliti Singapura yang dibina oleh syarikat tempatan iaitu Otsaw bagi tujuan pemantauan penjarakan sosial di kawasan Takungan Air Bedok pada tahun lalu.
Terdapat juga robot yang mempunyai reka bentuk seperti anjing yang dibina oleh sebuah syarikat robotik dari Amerika Syarikat (AS) dan diuji di Taman Ang Mo Kio-Bishan bagi mengingatkan tentang penjarakan sosial dan menganggarkan bilangan pengunjung di taman tersebut pada Mei tahun lalu.
Sebuah lagi robot yang diuji ialah Spot dan dibangunkan oleh sebuah syarikat AS untuk mengingatkan para pelancong Taman Ang Mo Kio-Bishan, tengah Singapura tentang penjarakan sosial pada tahun lalu.
Robot angsa jantan bernama Swan juga telah digunakan di pusat-pusat takungan air di Singapura sejak tahun 2018 bagi mengkaji tentang kualiti air yang dibangunkan oleh satu pasukan pencipta termasuk dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).
Robotik merupakan salah satu daripada inisiatif negara pintar yang sedang diusahakan oleh kerajaan Singapura bagi mengatasi masalah seperti kadar kelahiran rendah, peningkatan penduduk berumur, masalah tenaga buruh dan cabaran tenaga buruh asing.
Kerajaan Singapura telah menyasarkan untuk menggunakan kecerdasan buatan bagi, data analitik dan sensor untuk menyediakan perkhidmatan yang difikirkan terbaik bagi rakyatnya.
Justeru, negara itu juga sedang meningkatkan momentum untuk menjadikan hidup rakyatnya lebih selamat dan pintar dengan menggunakan robot dan memanfaatkan penggunaan kecerdasan buatan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab
- Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja
- 116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN
- Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat
- Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex
- UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0
- 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly
- Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
- Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali
- Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno
- Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri
Layari Laman Facebook MYKMU