Mangsa kedua kejadian Myvi hanyut ditemui

Mangsa kedua kejadian Myvi hanyut ditemui

KOTA KINABALU: Mangsa terakhir kejadian Perodua Myvi dihanyutkan arus deras, baru-baru ini, akhirnya ditemui di Kampung Dambai, Inanam, di sini, hari ini.

Mayat Simon Sange Tupe, 68, ditemui di kawasan dalam keadaan timbunan pasir di tebing sungai di Kampung Dambai.

Mangsa ditemui dua beradik kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 1km dari lokasi kenderaannya dihanyutkan.

Katanya, mayat ditemui tertanam di dalam timbunan pasir di kawasan Kampung Dambai iaitu sejauh 800m daripada lokasi penemuan kenderaan berkenaan.

“Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk menjalani proses ujian Covid-19 sebelum bedah siasat dijalankan.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat mangsa, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, polis mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan berharap mereka bersabar dengan dugaan ini.

Sehubungan itu, Mohd Zaidi menasihati masyarakat supaya sentiasa berhati-hati terutamanya ketika musim hujan yang menyebabkan beberapa jalan dinaiki air.

Katanya, sekiranya berhadapan jalan yang berisiko, masyarakat diminta bersabar bagi mengelak insiden seperti ini berulang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 2.20 petang hari ini. FMT

Mangsa kedua kejadian Myvi hanyut ditemui


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker