PH sibuk jatuhkan MB parti sendiri – Shahril
PH sibuk jatuhkan MB parti sendiri – Shahril
Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan mengkritik tindakan Pakatan Harapan yang sibuk berpolitik sesama sendiri ketika negara sedang bergelut untuk keluar dari situasi pandemik Covid-19.
Merujuk kepada situasi terkini PKR yang dikatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Amiruddin Harun, Shahril menyifatkan perkara itu sepatutnya tidak wajar berlaku, apatah lagi dalam kalangan gabungan parti sendiri.
“Antara sebab yang dikemukakan adalah MB Negeri Sembilan tidak memainkan peranan dalam usaha memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya dan ini boleh menyebabkan kekalahan PH di Negeri Sembilan.
“Parti lain sibuk menyalurkan bantuan, memberi vaksinasi, berusaha untuk membawa Malaysia keluar dari situasi terkini.
“PH? Bermesyuarat menolak keputusan yang diri sendiri buat, dan bermesyuarat jatuhkan MB dari parti sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu dilaporkan, kepimpinan akar umbi PKR Negeri Sembilan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
Mereka terdiri daripada Adun Chuah, Yek Diew Ching dan pemimpin dari enam daripada lapan cabang PKR di Negeri Sembilan – Rasah, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Seremban.
Dua cabang PKR Negeri Sembilan yang lain adalah Tampin yang diketuai oleh Aminuddin dan Jempol.
Sinar Harian melaporkan Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, Yusof Tapar membaca kenyataan bersama dan memorandum kumpulan itu pada satu majlis semalam.
Hadir sama, Ketua Cabang PKR Rasah, Ismail Ahmad; Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau Dr S Streram; Ketua Wanita PKR Negeri, Amni dan Ketua Cabang PKR Jelebu, Yuz Mazmi Ahmad Yusuf.
Yusuf berkata, rombakan segera perlu dilakukan dalam PKR Negeri Sembilan bagi memastikan parti itu kekal relevan. Mk
PH sibuk jatuhkan MB parti sendiri – Shahril
Baca Artikel Menarik :
- Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab
- Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja
- 116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN
- Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat
- Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex
- UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0
- 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly
- Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
- Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali
- Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno
- Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri
Layari Laman Facebook MYKMU
Alladin, pedofilia paksa kanak-kanak tengok porno sebelum cabul
You must be logged in to post a comment.