Lelaki tertipu tiket menang RM1.1 juta
Lelaki tertipu tiket menang RM1.1 juta. Impian seorang lelaki untuk bergelar jutawan segera, musnah selepas tiket loteri dikatakan memenangi wang tunai RM1.1 juta, hanya penipuan nombor ramalan yang mencari mangsa di media sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 45 tahun juga kerugian RM65,180 yang didakwa diserahkan kepada suspek, bagi mendapatkan nombor ramalan itu.
“Mangsa mendakwa mengetahui mengenai perkhidmatan menilik nombor ramalan semasa melayari Facebook pada awal Mac lalu, dan dia menghubungi nombor WhatsApp tertera di akaun media sosial, bagi mendapatkan maklumat lanjut.
“Suspek lelaki yang berurusan dengan mangsa mendakwa dirinya mempunyai nombor ramalan tiket loteri akan memenangi wang tunai RM1.1 juta, menyebabkan mangsa tertarik,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata, suspek dikatakan meminta mangsa membuat bayaran atas alasan pembelian tiket loteri, bayaran cukai serta kos pentadbiran, sebelum wang kemenangan boleh dikreditkan ke akaun mangsa.
Mangsa mendakwa membuat bayaran itu menerusi transaksi pemindahan dalam talian secara ansuran sebanyak 16 kali bermula Mac hingga awal minggu ini, tanpa menyedari jumlah keseluruhan ialah RM65,180.
“Mangsa mula curiga apabila belum memperoleh wang kemenangan itu, selain mendakwa suspek mengugut mahu menghantar orang mencarinya, jika tidak meneruskan bayaran seperti diminta apabila ditanya,” katanya.
Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Lelaki tertipu tiket menang RM1.1 juta
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan
- Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]
- Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya?
- Kit Siang kepada Ismail, anda lulus ‘ujian pertama’, kini ada ‘ujian kedua’
- Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia
- Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]
- Resepi Mee Kuah Daging Sempoi
- Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam pelanggan minta refund
- Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.