Bekas timbalan menteri dituduh menyeleweng
Bekas timbalan menteri dituduh menyeleweng
TUMPAT: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi membuat laporan polis kerana dituduh melakukan penyelewengan dalam pentadbiran sebelum ini.
Laporan polis itu bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat tuduhan berkenaan yang didakwa cuba merosakkan nama baiknya sebagai Ahli Parlimen Tumpat serta bekas timbalan menteri.
Muhammad Khairul Azwan Azhan dari Tetuan Afiq Aziz & Co berkata, petang semalam anak guamnya mendapati tuduhan yang mengaitkan Che Abdullah dengan perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.
“Tuduhan itu dibuat menerusi satu akaun Facebook di bawah nama Kudin Tumpat yang melakukan perbuatan penyebaran fitnah dan tohmahan ke atas anak guam saya dan jentera pentadbiran kerajaan di bawah seliaan beliau.
“Laporan polis yang dibuat hari ini sebagai Laporan Maklumat Pertama, bagi tujuan pihak berkuasa memulakan penyiasatan kesalahan fitnah jenayah yang bertujuan merosakkan nama baik Che Abdullah dan jawatan yang disandangnya sebagai Ahli Parlimen serta rekod baik sebagai Timbalan Menteri,” katanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Tumpat di sini, hari ini.
Sementara itu, Che Abdullah dalam laporannya berkata, sepanjang tempoh pentadbirannya sebagai Timbalan Menteri II dan Ahli Parlimen Tumpat, beliau menjalankan tugas mengikut tatacara perolehan kerajaan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negara.
“Saya menyokong ketelusan dan penyiasatan oleh pihak berkuasa penguatkuasaan berdasarkan perundangan Malaysia.
“Saya membuat laporan ini bagi menghentikan perbuatan penyebaran fitnah dan tomahan ke atas saya dan jentera pentadbiran kerajaan di bawah seliaan saya,” katanya. BH
Baca Artikel Menarik :
- Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab
- Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja
- 116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN
- Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat
- Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex
- UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0
- 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly
- Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
- Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali
- Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno
- Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri
Layari Laman Facebook MYKMU
Alladin, pedofilia paksa kanak-kanak tengok porno sebelum cabul
You must be logged in to post a comment.