Hadi pertahan perlantikan Muhyiddin ketuai MPN
Pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mendapat pujian daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini.
Menurut duta khas bertaraf menteri itu, pemilihan kerajaan untuk kedudukan Muhyiddin itu memang tepat kerana sesuai dengan pengalaman presiden Bersatu berkenaan.
“Pelantikan ini sebagai suatu kesinambungan tugasan yang telah dimulakan oleh beliau, sesuai dengan pengalamannya dalam menangani pandemik Covid-19,” kata Abdul Hadi.
Tambah ahli parlimen Marang itu lagi dengan kedudukan tersebut ia akan membolehkan Muhyiddin bergandingan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob demi melancarkan usaha memulihkan negara seperti dirancang.
“Semoga gandingan beliau bersama perdana menteri mengharapkan segala usaha dan perancangan memulihkan negara berjalan lancar, demi menjamin kelangsungan hidup dan kestabilan ekonomi rakyat,” katanya di Facebook hari ini.
Semalam, Ketua Setiausa Negara Mohd Zuki Ali yang juga setiausaha kabinet memaklumkan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN yang bertaraf menteri.
Katanya pelantikan tersebut sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin menerajui strategi pemulihan negara.
Bagaimanapun ia mendapat kecaman sesetengah pihak terutama pembangkang yang menganggap ia adalah langkah membawa Muhyiddin kembali berperanan dalam kerajaan selepas diketepikan Umno baru-baru ini.
Untuk rekod semasa menyampaikan ucapan sulungnya sebagai perdana menteri baru-baru ini Ismail Sabri menawarkan tempat kepada pembangkang untuk menyertai MPN.
Satu lagi ruang dijanjikan ahli parlimen Bera itu ialah Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
Kata Ismail Sabri ia selaras dengan titah Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
“Kesemua pihak sepatutnya sedia bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana. Dalam erti kata lain, kita perlu mendakap erat prinsip kebersamaan,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan
- Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]
- Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya?
- Kit Siang kepada Ismail, anda lulus ‘ujian pertama’, kini ada ‘ujian kedua’
- Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia
- Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]
- Resepi Mee Kuah Daging Sempoi
- Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam pelanggan minta refund
- Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.