Guru KAFA belum vaksin mungkin dilarang mengajar, kata menteri agama

Guru KAFA belum vaksin mungkin dilarang mengajar, kata menteri agama. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mengambil pendekatan sama dengan Kementerian Pendidikan untuk melarang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang belum divaksin daripada mengajar secara bersemuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, berkata ia akan dibincangkan oleh Bahagian Pendidikan Jakim namun menasihatkan guru terbabit segera mendapatkan suntikan vaksin.

“Apa yang takut sangat mengenai vaksin, setakat ini ramai yang mati akibat Covid-19 berbanding vaksin.

“Guru adalah orang paling dekat dengan murid dan saya berpendapat mereka sepatutnya mengambil vaksin,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Musa’adah Banjir di Taiping.

Menteri Kanan Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin berkata guru yang enggan atau belum menerima suntikan vaksin Covid-19 tidak dibenarkan mengajar di kelas atau bersemuka dengan pelajar.

Keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan pelajar, guru dan pengurusan sekolah ketika sesi persekolahan dibuka nanti.

Guru KAFA belum vaksin mungkin dilarang mengajar, kata menteri agama


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MPN, apa kelainan Muhyiddin boleh buat sekarang?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker