Tempoh perbaharui lesen dilanjutkan lagi

Tempoh perbaharui lesen dilanjutkan lagi

Kementerian Pengangkutan bersetuju melanjutkan tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember depan.

Selaras dengan keputusan itu, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang telah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan serta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Disember depan.



Pada masa sama, mangsa tragedi banjir di Yan dan Merbok, Kedah turut dikecualikan daripada perlu membayar yuran penggantian bagi LKM dan LMM masing-masing.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pengecualian bayaran itu adalah bagi LLM yang hilang dan LKM yang rosak akibat bencana banjir itu.

Bagaimanapun, katanya, mangsa banjir yang ingin mendapatkan pengecualian itu dikehendaki membawa bersama laporan polis ketika hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pengecualian ini hanya terpakai bagi mangsa banjir di Yan dan Merbok sahaja.



“Kami menerima banyak aduan daripada mangsa banjir di Yan dan Merbok yang mendakwa lesen memandu mereka hilang dihanyutkan air malah, ada juga cukai jalan yang rosak terkena air,” katanya. K Online

Tempoh perbaharui lesen dilanjutkan lagi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Syarikat modal RM1 dapat hak bangunkan hutan simpan Kuala Langat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker