Isu Ziyad, Tiara bidas sikap buruk netizen Malaysia

Isu Ziyad, Tiara bidas sikap buruk netizen Malaysia

Pelakon dan penerbit teater terkenal tanah air, Puan Seri Tiara Jacquelina, 54, melahirkan rasa kecewa apabila melihat gelagat dan tindakan warganet menyerang atlet paralimpik warga Ukraine, Maksym Koval di ruangan media sosial.

Menurut Tiara, sungguh pun seluruh rakyat menyokong atlet negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dan membantah tindakan Ukraine merampas pingat emas yang dimenangi oleh Ziyad, bagaimanapun tentu ada cara terbaik dalam menyelesaikan isu ini tanpa membabitkan serangan di media sosial.



“Malu saya bila bayangkan satu dunia membaca komen-komen netizen kita. Kalau nak bela Ziyad, bela nama Malaysia. Bukan dengan cara ini, tolonglah,”katanya di ruangan Instagram Story semalam.

Tiara mengulas berhubung tindakan segelintir warganet yang menyerang atlet Ukraine tersebut dengan cara menghina fizikal, menghantar komen-komen berbentuk spam selain menggodam akaun media sosialnya sehingga Maksym akhirnya terpaksa membuka akaun baharu.

Perkara tersebut juga membuatkan Maksym sehingga terpaksa membuat kenyataan memohon maaf selepas tidak tahan dengan kecaman bertubi-tubi daripada rakyat Malaysia yang menganggap atlet kurang upaya tersebut merupakan punca pembatalan pingat emas milik Ziyad.

Selain itu, Tiara yang memuat naik keratan tajuk berita berkenaan daripada sebuah portal di Internet turut menulis luahan lain di ruangan kapsyen dan menyentuh mengenai budi bahasa orang kita.



“Pada suatu ketika dahulu, orang Melayu terkenal kerana kehalusan budi bahasa. Semua ibu bapa kita ajar.

“Biar miskin harta, jangan miskin adab. Kita mesti terus pertahankan. Jangan sampai Melayu hilang di dunia. Ini bukan siapa kita yang sebenar,”katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Luahan itu juga turut dikepilkan bersama kata-kata teguran daripada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang memuat naik satu hantaran di akaun Instagram berhubung perkara serupa.

Antara yang disentuh oleh Nadir adalah mudahnya melakukan dosa hanya dengan menggerakkan jari-jemari.

“Bercakap baik atau diam. Sebelum komen, berkongsi hantaran, tweet, lihat dulu adakah ia kata-kata yang baik? Berbentuk nasihat, panduan, jawapan kepada soalan yang ditanya? Kalau tidak, diam saja.

“Itu pun, kalau kita beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Jangan biarkan hari-hari anda dipenuhi dengan dosa. Hari ini memang tak nampak, tapi kelak semuanya akan dihisab dan dibalas tanpa ada yang terkecuali,”katanya. Utusan



Isu Ziyad, Tiara bidas sikap buruk netizen Malaysia

Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker