10 beradik yatim sekelip mata

SEREMBAN: Seramai 10 beradik yang tinggal di Garden Avenue, Seremban 2 di sini menjadi anak yatim sekelip mata selepas kehilangan bapa mereka akibat Covid-19 minggu lalu.

Lebih menyedihkan, anak sulung, Nurul Hafizhah Azlan, 28, yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 20 Ogos lalu terpaksa menangguhkan hasratnya itu.

Ia berikutan keadaan ayahnya, Azlan Omar, 51, yang kritikal di hospital ketika itu sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah pada 25 Ogos.

Menurut Nurul Hafizhah, majlis perkahwinannya terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya kembali reda selain kesihatan ibunya kembali pulih.

“Buat masa sekarang, kami adik-beradik yang bekerja menanggung keluarga termasuk empat adik yang bersekolah iaitu berusia lima hingga 16 tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seremban 2 dekat sini semalam.
Cerita Nurul Hafizhah, episod duka bermula apabila seluruh ahli keluarga dijangkiti Covid-19 pada pertengahan bulan Julai kecuali adiknya iaitu Muhammad Alif Amierul Azlan, 27.

Alif negatif kerana ketika itu dia menemani neneknya yang tinggal di rumah berhampiran.
“Kami 11 orang termasuk ibu dan ayah dijangkiti daripada adik saya (anak kelima) yang bekerja dan tidak sangka virus itu me­rebak kepada seluruh keluarga.

Jelas Nurul Hafizhah, disebabkan ibu dan ayahnya belum divaksin, jangkitan itu merebak dengan cepat menyebabkan orang tuanya terus berada di tahap lima dengan paras oksigen rendah dan dirawat di hospital.

“Seorang adik saya dimasukkan ke Hospital Jempol, tiga yang lain dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Port Dickson dan Nilai manakala lima lagi beradik kuarantin kendiri di rumah.

“Ayah kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah pada 25 Ogos lalu dan meninggal dunia pada hari sama.
“Ketika itu jenazah ayah bebas Covid-19 dan jenazah arwah disemadikan mengikut prosedur biasa di Kampung Labu,” katanya.

Ibunya, Fazliaton Zakaria, 48, berkata, dia reda dengan pemergian suami selain bersyukur berpeluang meneruskan kehidupan dengan anak-anak walaupun keadaannya kritikal ketika dijang­kiti virus itu.

10 beradik yatim sekelip mata


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Farah Roslan-Doktor wanita dari Malaysia cipta hijab pakai buang untuk pembedahan di UK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker