UMNO fail notis tak teruskan rayuan tuntut wang RM116.7 juta

UMNO fail notis tak teruskan rayuan tuntut wang RM116.7 juta. UMNO telah memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung samannya bagi menuntut semula wang berjumlah RM116.7 juta yang disita oleh polis semasa serbuan di Pavilion Residences.

“Kami telah diarahkan oleh UMNO memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan yang telah dilakukan pada Isnin lepas (30 Ogos) atas alasan ia kini bersifat akademik,” kata peguam Tania Scivetti dalam mesej di aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Beliau berkata, kes saman membabitkan RM116.7 juta itu sudah selesai manakala isu sama membabitkan OBYU Holdings Sdn Bhd.

Dalam kes OBYU Holdings, wang berjumlah RM114 juta yang disita daripada Pavilion Residences telah dikembalikan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO susulan keputusan kerajaan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk melucut hak wang itu.

Sejumlah RM114 juta disita semasa serbuan polis ke atas satu unit kondominium mewah di Pavilion milik OBYU Holdings yang didakwa diseleweng daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berdasarkan senarai mahkamah, rayuan itu dijadual didengar oleh Mahkamah Rayuan esok. Bagaimanapun, ia telah dikeluarkan susulan pemfailan notis untuk tidak meneruskan rayuan itu.

Pada 21 Mac 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan polis dan kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman yang difailkan UMNO bagi menuntut agar wang sebanyak RM116.7 juta dipulangkan kepada parti politik itu.

Penyataan tuntutan UMNO antara lain memohon deklarasi bahawa penggeledahan dan penyitaan yang dilakukan pada 17 Mei 2018 di premis terbabit di Tower B, Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan adalah salah di sisi undang-undang.

Parti itu menamakan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Sakri Arifin, Penolong Pesuruhjaya Polis JSJK R Rajagopal, Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan kerajaan sebagai defendan.

UMNO turut memohon perintah agar wang berjumlah RM43.3 juta iaitu perbezaan jumlah RM160 juta dan RM116.7 juta dipulangkan kepada parti itu.

UMNO fail notis tak teruskan rayuan tuntut wang RM116.7 juta


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker