Kuasa politik Melayu kini makin lemah



SETELAH 64 tahun negara kita merdeka, adakah kita benar-benar merdeka? Persoalan yang wajib dijawab oleh setiap individu.

Kita perlu menilai satu persatu erti kemerdekaan. Apakah pencapaian yang kita telah perolehi setelah setengah abad lebih negara kita merdeka. Sejarah kita yang dipelajari oleh anak-anak pelajar dari peringkat sekolah hingga peringkat menara gading masih lagi memperkotakan kedatangan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris adalah kerana rempah ratus.

Mereka berebut rebut datang ke Timur kerana rempah, sedangkan rombongan mereka bukannya pedagang tetapi paderi- paderi Kristian. Rahsia kedatangan penjajah masih belum dibongkar sepenuhnya untuk tatapan generasi baru.

Merdekakah kita, jika sebelum dijajah negara kita mengamalkan sistem perundangan Islam hampir di semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu tetapi setelah merdeka negara kita mengamalkan sistem perundangan Barat.

Untuk mengangkat martabat perundangan syariah seperti usul RUU 355 kita masih gagal. Kegagalan hasil dari perselisihan ahli ahli politik Melayu dan tentangan dari bangsa bangsa lain yang sama-sama mendiami Malaysia.




Merdekakah kita, selepas merdeka kekuatan politik Melayu kuat dan kukuh tetapi setelah 64 tahun, kuasa politik Melayu semakin lemah dan menuju kehancuran. Kuasa politik Melayu masih di dalam kegelapan yang pekat. Pertikaian dan pertelingkahan yang tiada kesudahan bahkan kitaran kejatuhan semakin hampir.

Merdekakah kita kuasa ekonomi Melayu dan Bumiputera masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa bangsa lain yang jauh ke depan dan amat sukar untuk mengejarnya dalam situasi negara yang tidak menyebelahi kita. Dengan pencapaian ekonomi Melayu kurang dari 16 peratus setelah 64 merdeka, adakah kita mampu meningkatkan pencapaiannya.

Merdekakah kita jika kedudukan Agama Islam masih terumbang ambing dengan pelbagai cabaran sedangkan pejuangnya berpecah kepada pelbagai pemikiran baru yang menyimpang dari Islam yang sebenarnya. Islam telah bercampur dengan aliran liberal Barat.

Merdekakah kita jika budaya Barat menjadi ikutan generasi baru. Budaya Barat yang menghalalkan gaya hidup bebas tanpa batasan. Kelahiran anak luar nikah semakin berleluasa hasil pergaulan bebas generasi baru. Keruntuhan akhlak berlaku di mana melibatkan semua lapisan masyarakat dari peringkat pimpinan hingga masyarakat awam.

Bangsa ini perlu dikembalikan semula kegemilangannya. Mereka perlu kembali kepada agama Islam yang telah memuliakan dan mengangkat martabat sebagaimana sebelum kedatangan penjajahan Barat.




Bebaskan bangsa ini dari semua belenggu yang mengikat mereka untuk kembali kepada sistem kehidupan Islam keseluruhannya. Sejarah telah membuktikan kecemerlangan nenek moyang kita kerana bersama agama yang mulia ini. Itulah kebebasan hakiki yang menentukan masa depan agama, bangsa dan negara kita.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Ketua Perhubungan Isma Kelantan

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Miliki Akhbar Lama Laporan Pengisytiharan Kemerdekaan, Bertarikh 1 September 1957



Leave a Reply

Your email address will not be published.