Kes sembuh 23,473, tertinggi sejak pandemik

PUTRAJAYA – Negara merekodkan kes sembuh tertinggi dengan 23,473 kes hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,506,273 kes.

Pesakit sedang dirawat dan diasingkan merekodkan sebanyak 262,540 kes termasuk 1,417 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 783 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 249 kes kematian Covid-19 melibatkan 198 warga Malaysia dan 51 warga asing dengan 80 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes kematian kini mencecah 17,191 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 341 kes (1.6 peratus) daripada kes harian hari ini adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 20,647 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

Menurutnya, secara keseluruhan, 9,860 kes (47.0 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,995 kes (23.8 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 6,133 kes (29.2 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

“Mengikut pecahan, sebanyak 107 kes kategori lima dengan 81 kes tiada vaksinasi, 63 kes kategori empat dengan 38 kes tiada vaksinasi serta 171 kes kategori tiga dengan 77 kes tiada vaksinasi.

“Sebanyak 10,979 kes kategori dua dengan 5,047 kes tiada vaksinasi serta 9,668 kes kategori satu dengan 4,617 kes tiada vaksinasi,” ujarnya.

Tambah beliau, sebanyak 31 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 17 kluster tempat kerja, sembilan kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan tinggi.

Kes sembuh 23,473, tertinggi sejak pandemik


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pendakwaraya tewas dalam rayuan lucut hak wang milik UMNO, Wanita MCA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker