Polis Serbu Hospital Covid-19 Disyaki Jadi Pusat Pesta Seks Rambang

Sebaran :

Polis Serbu Hospital Covid-19 Disyaki Jadi Pusat Pesta Seks Rambang

BANGKOK – Sebuah hospital lapangan Covid-19 di Samut Prakan, barat daya Bangkok diserbu pihak polis susulan  laporan yang mengatakan berlaku pesta seks dan dadah dalam kalangan pesakit di sana, lapor akhbar Thai PBS World semalam.

Serbuan dilakukan selepas pasukan perubatan yang mengendalikan hospital menempatkan 1,000 pesakit itu mengadu tentang  sebilangan pesakit terlibat dalam seks beramai-ramai hingga tercetus perbalahan.

Serbuan yang dilakukan Pihak Operasi Keselamatan Dalam Negeri Thailand  gagal menemui barang terlarang kecuali 23 karton rokok seludup.



Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ada menunjukkan bahawa beberapa pesakit keluar masuk di wad lelaki dan wanita tetapi tiada bukti bahawa pesta seks berlaku.

Pesakit yang dipercayai terlibat dalam aktiviti terlarang itu telah diberi amaran oleh pihak berkuasa dan mengingatkan sebarang kesalahan berulang akan mengakibatkan mereka dipindahkan ke hospital lapangan lain.

Pegawai kesihatan yang bertugas di semua hospital lapangan Thailand sentiasa ditemani oleh anggota  polis dan tentera untuk mencegah pergaduhan, penggunaan dadah atau pesta seks daripada berlaku. – Agensi /ThaiGer

Polis Serbu Hospital Covid-19 Disyaki Jadi Pusat Pesta Seks Rambang




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan


Sebaran :

Leave a Reply